Juruteknik hanyut dibawa arus ditemukan lemas

KUANTAN – Seorang juruteknik yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus ketika mandi di pusat rekreasi Jeram Besu, Raub pada Khamis lalu, ditemukan lemas semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat Mohamat Firdarus Jamaidi, 25, dijumpai pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 3.40 petang.

“Mangsa ditemukan kira-kira 700 meter dari tempat kejadian selepas pasukan bomba melakukan pencarian di permukaan air di Lubuk Biara,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Mohd Salahuddin, pasukan SAR berdepan kesukaran dalam operasi itu berikutan keadaan air sungai yang pasang besar dan arus deras, selain jarak penglihatan terhad serta cuaca tidak menentu.

Beliau menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada, khususnya ketika berada di kawasan sungai, pantai dan perairan terbuka memandangkan negara kini masih berada dalam fasa Monsun Timur Laut yang boleh menyebabkan paras air meningkat secara mendadak dan arus deras.

Pada 1 Januari lalu, media melaporkan Mohamat Firdarus ke pusat rekreasi itu bersama isterinya sebelum disedari dihanyutkan arus ketika mandi di sungai.

Related Posts

Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan digesa memberi pertimbangan khas kepada industri pelancongan Sabah dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar bagi memastikan kelangsungan operasi pengusaha pelancongan, khususnya di pulau-pulau dan kawasan pedalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sukan Sekolah platform lahir atlet Sabah bertaraf dunia – James Ratib

KOTA MARUDU – Kerajaan Negeri Sabah terus komited memperkukuhkan pembangunan sukan sekolah sebagai platform mencungkil bakat atlet muda serta membentuk generasi yang berdisiplin, berdaya saing dan seimbang selaras dengan aspirasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan Persekutuan kepada negeri dibuat secara adil – PM

Peruntukan Persekutuan kepada negeri dibuat secara adil – PM

Pas mencatur kuasa di Johor, punca ketidakstabilan politik akan berlaku

Pas mencatur kuasa di Johor, punca ketidakstabilan politik akan berlaku

Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

Sukan Sekolah platform lahir atlet Sabah bertaraf dunia – James Ratib

Sukan Sekolah platform lahir atlet Sabah bertaraf dunia – James Ratib

Kejohanan 4×4 Challenge perkasa Ranau sebagai destinasi pelancongan khususnya sukan lasak

Kejohanan 4×4 Challenge perkasa Ranau sebagai destinasi pelancongan khususnya sukan lasak

Usaha perkukuh syiar Islam mualaf Orang Asli Pahang perlu konsisten

Usaha perkukuh syiar Islam mualaf Orang Asli Pahang perlu konsisten