[DIKEMAS KINI] Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN

TAN SRI Muhyiddin Yassin telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Namun, peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari seperti yang dimaklumkan Presiden Bersatu itu dalam kumpulan Whatsapp Ahli Parlimen PN.

Memetik laporan Malaysiakini, perkara itu disahkan oleh ahli Parlimen Bersatu yang tidak sehaluan, Datuk Saifuddin Abdullah serta seorang lagi ahli Parlimen Bersatu yang enggan identitinya didedahkan.

Difahamkan, Muhyiddin akan memberi kenyataan rasmi mengenai peletakan jawatan Pengerusi PN dalam masa terdekat ini.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz juga mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin itu.

Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas pula menjelaskan Muhyiddin telah memaklumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai ketua gabungan itu.

Perkembangan terbaharu diterima pagi ini, Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa beliau telah pun meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN yang berkuat kuasa pada 1 Januari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberi sepenuh sokongan kepada saya selama saya memimpin PN sejak penubuhannya lima tahun lalu,” katanya.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi