Kerajaan Pahang tamat kontrak tujuh pemaju PGBF gagal patuh syarat

KUANTAN – Tujuh daripada 10 projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) di Pahang ditamatkan susulan kegagalan memenuhi syarat dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, keputusan itu dibuat selepas penilaian terperinci oleh jabatan undang-undang dan pihak berkuasa berkaitan.

Menurutnya, tiga projek masih dalam pembinaan oleh pemaju dan berada di bawah perjanjian.

“Kita juga akan pastikan tiga projek ini dilaksanakan sebaik mungkin mengikut lunas undang-undang dan tertakluk kepada pencapaian syarikat selain dipantau dengan rapi oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP).

“Yang paling penting, rumah ini dapat disiapkan dan ditawarkan kepada pembeli yang layak,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat tawaran Residensi Rakyat Pahang (RRP) di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Damai, dekat sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, projek PGBF asalnya dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui FELDA, namun kerajaan negeri hanya bertindak selepas projek menghadapi masalah bagi memastikan ia tidak terbengkalai.

“Projek PGBF bukan inisiatif kerajaan negeri, tetapi selepas masalah timbul, kita cuba menyelesaikannya dengan menawarkan peluang kepada pemaju lain yang mampu mengusahakan projek tersebut,” jelasnya.

Menjawab penyerahan rumah RRP, Mohammad Fakhruddin berkata, sebanyak 85 surat tawaran rumah di Pulau Manis diserahkan kepada penerima yang layak.

Jelasnya, setiap penerima kini boleh memulakan proses pinjaman di bank yang telah dikenal pasti dan peguam turut disediakan untuk memudahkan urusan.

“Rumah yang dibina di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini bernilai hampir RM300,000, namun ditawarkan kepada pembeli dengan harga serendah RM45,000.

“Kerajaan menanggung hampir RM255,000 bagi setiap unit sebagai subsidi,” jelas beliau.

Menurut beliau, projek RRP lain seperti di Inderapura dan Chendor dijangka siap tahun hadapan dan akan ditawarkan kepada pemohon yang layak.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang