Dr Sahruddin umum letak jawatan Pengerusi PN Johor

SELEPAS Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat, langkah sama diikuti oleh teraju gabungan itu di Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor melalui hantaran di Facebook.

“Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Johor. Hilang jawatan Menteri Besar pun saya, letak jawatan pengerusi PN lagilah saya suka,” katanya.

Bekas Menteri Besar itu berkata, keputusan itu dibuat susulan peletakan jawatan Muhyiddin di peringkat pusat.

“Saya mudah sahaja, bila pimpinan pusat letak jawatan, dan saya dilantik oleh Tan Sri (Muhyiddin), bila beliau letak jawatan, saya pun letak jawatan PN Johor. Jadi saya minta pimpinan Muafakat Nasional (MN) lantik Pengerusi PN baharu di Johor,” jelasnya.

Dr Sahruddin turut menegaskan statusnya sebagai ADUN di Pagoh serta kedudukan Bersatu di kawasan itu kekal tanpa perubahan.

Beliau berharap pelantikan Pengerusi PN Johor yang baharu kelak dapat memastikan PN menang lebih banyak kerusi di negeri ini.

“PN Johor OK, tiada pergolakan. PN Johor sangat bagus. Kita baru mesyuarat dua minggu lepas dan ianya berjalan baik. Peletakan jawatan ini tiada kena mengena dengan Johor,” tambahnya.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi