DUN Perlis serah notis pengosongan tiga kerusi kepada SPR

KANGAR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis menyerahkan notis pengosongan tiga kerusi DUN kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perlis hari ini.

Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan, mengesahkan notis berkenaan membabitkan kerusi DUN Bintong, Guar Sanji dan Chuping telah diserahkan kepada SPR.

Menurutnya, serahan notis itu dibuat sekitar jam 12 tengah hari kepada Pengarah SPR Perlis, Siti Rahayu Ahmad Rusli, di Pejabat SPR Perlis bagi memohon pelaksanaan pilihan raya kecil (PRK).

“Permohonan PRK ini tertakluk kepada pertimbangan SPR dan terpulang kepada mereka untuk meneliti kesesuaian serta menentukan langkah seterusnya,” katanya di sini hari ini.

Tiga kerusi berkenaan diumumkan kosong selepas tiga wakil rakyat Pas iaitu Fakhrul Anwar Ismail (Bintong), Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) dan Saad Seman (Chuping) dihentikan keahlian parti.

Tindakan itu susulan ketiga-tiga mereka menjadi antara lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) yang menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis ketika itu, Mohd Shukri Ramli.

Perkembangan berkenaan membawa kepada peletakan jawatan Mohd Shukri sebagai Menteri Besar pada 25 Disember lalu.

Semalam, ADUN Kuala Perlis daripada Bersatu, Abu Bakar Hamzah, dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu susulan krisis tersebut.

Dalam sidang media, Abu Bakar dilaporkan berharap pilihan raya kecil tidak diadakan selepas pelantikannya dengan mengambil kira keperluan mengekalkan kestabilan dan perpaduan dalam PN di negeri ini.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan