1MDB bukti reformasi institusi perlu diteruskan, diperkasa secara holistik

PUTRAJAYA – Keputusan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini mewakili sebahagian daripada usaha yang lebih besar yang diperlukan untuk membawa perubahan di Malaysia.

Bagaimanapun, Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo berkata, desakan untuk pembaharuan mesti diteruskan ketika negara melangkah ke 2026.

Beliau menegaskan, kes 1MDB melambangkan keperluan mendesak untuk reformasi institusi, akauntabiliti dan pemulihan integriti dalam pentadbiran awam

“Kerajaan MADANI telah mengambil langkah untuk meminda Akta Audit dan Akta Perkhidmatan Parlimen, antara lain, dan juga telah memulakan usaha untuk memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pendakwaan.

“Tetapi lebih banyak perlu dilakukan. Kini terdapat keperluan mendesak untuk turut menggesa pembaharuan dalam agensi penguatkuasaan supaya perubahan sebenar dapat dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Dalam pada itu, Gobind yang juga Menteri Digital berkata, walaupun pelbagai usaha dilaksana oleh agensi penguatkuasaan di negara ini namun terdapat masalah yang perlu ditangani untuk meningkatkan keyakinan.

“Untuk melakukan ini, kita perlu melaksanakan pembaharuan, membangunkan mekanisme lebih bagus bagi mempertingkatkan tadbir urus yang baik dan membina struktur baharu diperlukan Malaysia demi memastikan kes seperti ini dan kerugian yang ditanggung negara tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Gobind juga mengulangi pendirian tegas DAP terhadap rasuah dan salah guna kuasa, dengan menyatakan bahawa parti itu, bersama-sama pemimpin politik, aktivis masyarakat sivil dan rakyat yang prihatin, telah menggesa tindakan diambil sejak awal skandal 1MDB timbul.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Damansara berkata kes terbabit yang telah menjangkau lebih sedekad, bukan sahaja mencengkam negara tetapi juga menarik perhatian global termasuk keputusan pendakwaannya.

“Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim perbicaraan menunjukkan keparahan kesalahan yang dilakukan. Ia memberi isyarat jelas bahawa kesalahan seperti ini adalah sangat serius dan tidak akan dipandang ringan.

“Skandal 1MDB bukan semata-mata kes jenayah tetapi ujian yang menentukan institusi Malaysia, rangka kerja tadbir urus dan kemahuan politik untuk menghadapi salah laku di peringkat tertinggi.

“Ia mendedahkan kelemahan sistemik yang mendalam yang membolehkan penyalahgunaan kuasa berlaku dan berterusan selama bertahun-tahun, mengakibatkan kerugian kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan kemerosotan kepercayaan awam,” katanya.

Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 72, selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.

Related Posts

Dulu beri ‘signal’ di Johor, kini tabung RM50 juta untuk Najib dibuka

ISYARAT yang disampaikan anak Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini kini kembali menjadi perhatian selepas bekas Perdana Menteri itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dulu beri ‘signal’ di Johor, kini tabung RM50 juta untuk Najib dibuka

Dulu beri ‘signal’ di Johor, kini tabung RM50 juta untuk Najib dibuka

Imigresen Sabah pindah 5,233 PATI sejak Januari

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
Imigresen Sabah pindah 5,233 PATI sejak Januari

Kenderaan berat dilarang guna Jalan Dam sepanjang Ijtimak

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Kenderaan berat dilarang guna Jalan Dam sepanjang Ijtimak

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha