Sabah, Sarawak rakan strategik pembangunan negara – Mustapha

KOTA KINABALU – Sabah dan Sarawak terus diangkat sebagai rakan strategik penting dalam agenda pembangunan negara di bawah Kerajaan MADANI selaras dengan matlamat membina Malaysia yang makmur, adil dan bersatu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, sokongan penuh diberikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkukuh agenda pembangunan kedua-dua wilayah demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan masa depan negara.

“Kerajaan MADANI akan terus memacu pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan di Sarawak menerusi pelaburan strategik, pengukuhan sektor tenaga, pembangunan infrastruktur serta mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi.

“Sabah juga turut diberi keutamaan melalui usaha mempercepat pelaksanaan projek pembangunan asas, penambahbaikan kemudahan awam serta inisiatif merangsang pertumbuhan ekonomi wilayah secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Katanya, penekanan berterusan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk isu pentadbiran, kewangan serta pengurusan sumber seperti minyak dan gas membuktikan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memastikan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak terus dipelihara secara adil dan berprinsip.

“Manfaat pembangunan ini mesti sampai terus kepada rakyat, termasuk komuniti luar bandar dan pedalaman,” tambahnya.

Dalam pada itu, Mustapha turut mengalu-alukan langkah kerajaan memperluas agenda tenaga hijau, pelaburan dalam teknologi masa hadapan seperti kecerdasan buatan (AI), serta pembangunan modal insan melalui pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta pendidikan tinggi.

“Pelaksanaan inisiatif perumahan rakyat termasuk Program Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan skim pembiayaan inovatif untuk golongan belia mencerminkan pendekatan Kerajaan MADANI yang holistik dan berteraskan kesejahteraan rakyat.

“Usaha berterusan itu membuktikan kerajaan tidak meminggirkan mana-mana wilayah atau negeri, sebaliknya memastikan Sabah dan Sarawak terus memainkan peranan penting dalam pembangunan negara,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah dan Sarawak agar terus mendokong kepimpinan Perdana Menteri dalam menjayakan agenda pembangunan negara berlandaskan prinsip MADANI, selaras dengan aspirasi Segulai Sejalai dan Sabah Maju Jaya.

Related Posts

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1