Krisis politik Perlis: Pas gesa Bersatu ambil tindakan tegas terhadap ADUN terbabit

PUTRAJAYA – Pas secara terbuka menggesa Bersatu mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka yang terlibat menandatangani akuan bersumpah (SD) sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni di Perlis.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan sedemikian penting sebagai tanda hormat kepada rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) serta bagi memastikan disiplin dan keutuhan gabungan terus terpelihara.

Beliau turut membandingkan situasi di Perlis dengan krisis politik DUN Nenggiri sebelum ini, yang menyaksikan Bersatu bertindak tegas terhadap wakil rakyatnya sendiri.

“Bersatu ketika itu telah menghentikan keahlian ADUN Nenggiri kerana menyokong PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) sehingga membuka ruang kepada Pilihan Raya Kecil (PRK), sedangkan tindakan berkenaan berlaku tanpa melibatkan SD.

“Berbanding dengan Nenggiri, apa yang berlaku di Perlis jauh lebih serius. Ia memberi kesan langsung kepada keutuhan kerajaan PN,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, sebagai rakan dalam gabungan utama PN, Pas yakin Bersatu akan bertindak secara konsisten dan tegas, selaras dengan semangat Akta Anti Lompat Parti serta prinsip amanah kepada mandat rakyat.

“Pas sudah melakukan tindakannya demi mendisiplinkan parti, kini saya merasakan Bersatu wajar melakukan perkara yang sama kepada ADUNnya,” katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan tegas yang diambil terhadap tiga ADUN Pas di Perlis, Tuan Ibrahim berkata, parti tersebut tidak bersedia berkompromi dalam soal disiplin jemaah.

Menurutnya, walaupun keputusan itu mungkin membawa risiko terhadap kestabilan kerajaan negeri Perlis, Pas berpandangan bahawa prinsip dan integriti parti mesti diutamakan mengatasi kepentingan jangka pendek.

“Dalam suasana ini, saya menyeru seluruh ahli dan penyokong Pas agar kekal tenang, berdisiplin serta tidak mudah terpengaruh dengan provokasi yang hanya menguntungkan pihak lawan,” katanya

Terdahulu, Pas pada Khamis mengumumkan keahlian tiga ADUN mereka terhenti serta-merta selepas dikaitkan dengan tindakan mengemukakan SD menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ismail.

Tiga ADUN berkenaan ialah Saad Seman (Chuping); Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

Sementara itu, media melaporkan, lima ahli Bersatu yang didakwa turut menandatangani SD tersebut ialah Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis); Izizam Ibrahim (Titi Tinggi); Megat Hashirat Hassan (Pauh); Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang) dan Marzita Mansor (Sena).

Related Posts

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

SERI MENANTI – Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai