Tiga ADUN Pas Perlis gugur keahlian serta-merta

KANGAR – Kemelut politik di Perlis memasuki episod baharu apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas disahkan terhenti keahlian parti berkuat kuasa serta-merta, sekali gus mencetuskan implikasi besar terhadap kestabilan pentadbiran negeri.

Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang hari ini selaras peruntukan Perlembagaan parti.

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan memutuskan bahawa tiga wakil rakyat Pas terlibat tidak lagi menjadi ahli parti berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025).

“Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang hari ini telah membuat ketetapan bahawa ahli-ahli Badan Perundangan Pas yang berikut adalah terhenti serta-merta sebagai ahli,” katanya dalam satu kenyataan di ibu kota semalam.

Tiga ADUN yang terlibat ialah ADUN Chuping, Saad Seman; ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail; serta ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Perkembangan itu berlaku susulan laporan sebelum ini yang mendakwa lapan ADUN Perikatan Nasional (PN) Perlis, termasuk tiga daripada Pas, telah menghadap Raja Perlis bagi menyatakan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap Menteri Besar.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pertemuan tersebut dikaitkan dengan dakwaan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, sekali gus mencetuskan spekulasi peralihan kuasa di negeri itu.

Dalam masa sama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut didakwa telah mengemukakan tiga nama sebagai calon Menteri Besar, manakala Pas setakat ini belum mengemukakan sebarang nama rasmi.

Abdul Hadi berkata, Pas akan memaklumkan keputusan berkenaan secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi tujuan pematuhan undang-undang negeri.

Menurutnya, langkah itu dibuat bagi memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 dan akan dilaksanakan serta-merta.

Perkembangan terbaharu ini dijangka terus meningkatkan tekanan politik terhadap kerajaan negeri ketika landskap sokongan dalam DUN Perlis dilihat semakin rapuh dan tidak menentu.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak