Pembangkang hanya mahu kerajaan jatuh, muncul sebagai ‘penyelamat’

KETUA Penerangan PKR Cabang Bera, Norman Daud berpendapat, pembangkang sebenarnya tidak bermatlamat untuk membela kepentingan rakyat, sebaliknya sekadar mahu melihat kerajaan sedia ada tumbang sebelum tampil sebagai kononnya ‘penyelamat’.

Beliau berkata, sikap pembangkang yang rancak mengapi-apikan sentimen kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat, khususnya menerusi media sosial, jelas menunjukkan permainan persepsi semata-mata demi keuntungan politik jangka pendek.

“Dalam politik, sorakan tidak sama dengan sokongan sebenar. Tepukan dan sokongan di media sosial bukan jaminan kekuatan atau kemenangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Norman berkata, ramai yang lantang menyokong dan menghasut di alam maya, namun golongan itu sebenarnya tidak berniat untuk mempertahankan atau membantu apabila keadaan menjadi sukar.

Katanya, pembangkang sering mengambil kesempatan dengan mencetuskan kegelisahan rakyat dan menggugat keyakinan terhadap kerajaan, sedangkan kesan akhirnya ditanggung oleh rakyat sendiri.

“Apabila keadaan menjadi huru-hara, ekonomi terganggu dan keyakinan pelabur terjejas, pihak yang menghasut ini akan cuci tangan. Mereka hanya menunggu peluang untuk masuk dan mendakwa diri sebagai penyelamat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kestabilan politik adalah asas penting kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, justeru sebarang tindakan tidak bertanggungjawab yang merosakkan keyakinan awam perlu ditolak.

“Keberanian dalam politik mesti disertai kebijaksanaan dan tanggungjawab. Keberanian tanpa kebijaksanaan bukan kekuatan, sebaliknya membawa padah,” katanya.

Norman turut mengingatkan bahawa angka ‘like’ dan perkongsian di media sosial tidak mencerminkan sokongan sebenar rakyat kerana sokongan hakiki hanya diterjemahkan melalui peti undi.

“Akhirnya, apabila keadaan menjadi buruk, kerajaan yang dipersalahkan, bukan mereka yang mengapi-apikan. Golongan inilah yang paling awal melepaskan diri dan menyalahkan orang lain,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan sorakan palsu dan permainan emosi, sebaliknya menilai landskap politik secara rasional demi kestabilan negara dan masa depan rakyat.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

SHAH ALAM – Semua sekolah di bawah lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor diarahkan tutup pada Jumaat susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar