Keselamatan pelancong ujian sebenar TMM2026, bukan sekadar kempen promosi

PUTRAJAYA – Isu keselamatan pelancong wajar diletakkan sebagai keutamaan negara ketika Malaysia bersiap sedia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Pengerusi Alliance for a Safe Community, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pengalaman pelancongan yang selamat, lancar dan boleh dipercayai amat penting bagi mengukuhkan reputasi Malaysia di peringkat global sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Beliau menegaskan promosi pelancongan bukan sekadar pelengkap kepada strategi namun menjadi tonggak ekonomi negara yang menyediakan sumber pendapatan kepada jutaan penduduk.

“Bagaimanapun, tiada keindahan pantai, bandar raya yang meriah atau kekayaan budaya mampu menampung persepsi – atau lebih buruk, realiti – keadaan perjalanan yang tidak selamat.

“Berita kemalangan, sama ada maut di lebuh raya atau tragedi di laut, tersebar dengan cepat dan meluas, berpotensi menjejaskan aspirasi pelancongan Malaysia menjelang kempen antarabangsa besar itu,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Lam Thye yang juga aktivis sosial berpandangan, kerajaan dan pihak berkuasa perlu menjadikan keselamatan sebagai keutamaan utama negara, dengan menegaskan bahawa keselamatan bukan sekadar komponen infrastruktur atau penguatkuasaan, sebaliknya asas utama kepada industri pelancongan yang berjaya.

“Pada masa sama, keperluan peralihan nasional ke arah pembentukan budaya keselamatan yang kukuh, dengan menekankan bahawa keselamatan tidak boleh dikuatkuasakan semata-mata,

“Sebaliknya perlu diterapkan melalui penguatkuasaan tegas undang-undang trafik dan peraturan keselamatan maritim, di samping kempen pendidikan serta kesedaran awam yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata usaha itu perlu disokong oleh pelaburan infrastruktur yang mantap, termasuk mempercepat naik taraf laluan jalan berisiko tinggi, penambahbaikan pencahayaan, papan tanda dan kemudahan pejalan kaki, selain meningkatkan bantuan navigasi maritim, piawaian peralatan keselamatan serta fasiliti pelabuhan.

“Kejayaan TMM2026 bukan hanya bergantung kepada strategi pemasaran yang cemerlang, tetapi juga realiti sebenar persekitaran yang selamat dan terjamin.

“Malaysia perlu bergerak ke arah “Vision Zero”, iaitu memastikan semua kemalangan yang boleh dicegah dapat dielakkan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, dilaporkan berkata lebih banyak acara pelancongan utama akan diadakan di luar Kuala Lumpur bagi merangsang aktiviti pelancongan serta memacu pertumbuhan ekonomi di negeri lain.

King Sing berkata Malaysia kini sedang memuktamadkan kalendar acara utama di seluruh negara untuk TMM2026, dengan sasaran 47 juta ketibaan pelancong antarabangsa dan penerimaan hasil pelancongan sebanyak RM329 bilion.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP