MB Perlis letak jawatan secara sukarela atas faktor kesihatan

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, menyatakan hasrat meletakkan jawatan secara sukarela atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan, sekali gus menamatkan tempoh pentadbiran beliau di negeri itu.

Beliau memaklumkan sudah mengadap Raja Perlis pada hari ini dan mempersembahkan surat peletakan jawatan pada tengah hari, selain menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada kebijaksanaan Raja Perlis.

“Pertamanya, saya ingin maklumkan bahawa saya telah diperkenan untuk mengadap Tuanku Raja Perlis pada hari ini, dan telah menyatakan hasrat saya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela, atas faktor kesihatan saya yang tidak mengizinkan.

“Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan kemampuan diri untuk terus menggalas amanah pentadbiran negeri secara berkesan,” katanya ketika sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar Perlis di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan penghormatan penuh terhadap pertimbangan Tuanku Raja Perlis berhubung permohonan peletakan jawatan tersebut.

Mohd Shukri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis dan penjawat awam atas kerjasama sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

“Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, seluruh warga penjawat awam dan khususnya rakyat Perlis yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang pentadbiran saya.

“Saya turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan serta ahli parti yang memberi kepercayaan untuk menjalankan amanah sebagai Menteri Besar,” ujarnya.

Pada masa sama, Mohd Shukri memohon ampun dan maaf kepada semua pihak atas sebarang kekhilafan dan kekurangan sepanjang tempoh beliau menerajui kerajaan negeri.

Beliau juga menjunjung kasih kepada Tuanku Raja Perlis, Tuanku Raja Perempuan, Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda kerana memberi peluang mentadbir Kerajaan Negeri Perlis sepanjang tiga tahun lalu.

Sidang media khas berhubung perkara itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perlis, hari ini.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar