Program Sunathon 2025 perkukuh akses kesihatan kanak-kanak, sasar pengiktirafan MBOR

MIRI – Hospital Miri terus memperkukuh komitmen menyediakan perkhidmatan kesihatan yang inklusif apabila menganjurkan Program Annual Mass Circumcision (Sunathon) 2025 di Klinik Pakar Pembedahan, Aras 2, Blok B hospital berkenaan, pagi tadi.

Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong Siew Yu berkata, program tahunan itu bertujuan menyediakan perkhidmatan berkhatan yang selamat, profesional serta percuma atau bersubsidi kepada kanak-kanak yang layak, sekali gus membantu meringankan beban ibu bapa dan penjaga.

Menurut beliau, selain menekankan aspek penjagaan kesihatan dan kebersihan, penganjuran Sunathon turut berperanan merapatkan kerjasama antara pihak hospital, agensi berkaitan dan komuniti setempat.

“Lebih membanggakan, pelaksanaan Program Sunathon tahun ini dilaksanakan secara serentak di seluruh bahagian di Sarawak dengan penglibatan pelbagai hospital, fasiliti kesihatan serta komuniti tempatan. Pelaksanaan berskala besar ini dijangka memperoleh pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan perubatan dan sokongan Hospital Miri atas tahap profesionalisme serta dedikasi tinggi, selain menghargai sumbangan sukarelawan, penaja dan kepercayaan ibu bapa peserta.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Lukanisman Awang Sauni, atas jasa bakti dan komitmen beliau khususnya dalam menyokong pembangunan fasiliti serta perkhidmatan kesihatan di Hospital Miri.

Pihak hospital turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Lukanisman Awang Sauni, dan mendoakan agar beliau terus berjaya memikul amanah demi kesejahteraan negara.

Program Sunathon 2025 diharap berjalan lancar serta kekal sebagai program tahunan yang memberi manfaat besar kepada masyarakat, khususnya di Miri.

Turut hadir Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad; Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong Siew Yu; Ketua Jabatan Pembedahan Am, Dr Aminnur Maliki; pegawai pelbagai agensi kerajaan serta ibu bapa dan kanak-kanak peserta Sunathon.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima