Nilai eksport Malaysia naik 7.0%, jumlah dagangan capai RM263.8 bilion pada Nov

PRESTASI perdagangan Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan positif pada November 2025 apabila jumlah dagangan meningkat 11.1 peratus kepada RM263.8 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan tersebut didorong oleh permintaan luar yang lebih kukuh dengan nilai eksport naik 7.0 peratus kepada RM135.0 bilion, manakala import meningkat 15.8 peratus kepada RM128.9 bilion.

Menurut beliau, perkembangan itu menjadikan jumlah dagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga November 2025 mencecah RM2.8 trilion, sekali gus mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 5.8 peratus.

Prestasi berkenaan, katanya, disokong oleh pengukuhan eksport yang meningkat 6.1 peratus serta pertambahan import sebanyak 5.6 peratus secara keseluruhan.

“Lebihan dagangan pada November menyusut 58.8 peratus kepada RM6.1 bilion berbanding RM14.8 bilion sebelum ini, namun masih mencatat lebihan dagangan selama 67 bulan berturut-turut sejak Mei 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas prestasi eksport pada November, Datuk Seri Dr Mohd Uzir berkata, peningkatan eksport didorong oleh pertumbuhan eksport semula dan eksport domestik.

“Eksport semula yang menyumbang 22.0 peratus daripada jumlah eksport melonjak 40.3 peratus kepada RM29.8 bilion. Manakala eksport domestik yang merangkumi 78.0 peratus mencatat pertumbuhan marginal 0.3 peratus kepada RM105.2 bilion,” katanya.

Beliau menambah, peningkatan eksport tersebut disumbangkan terutamanya oleh pasaran Taiwan, China, Hong Kong, Kesatuan Eropah, Mexico, Singapura dan Viet Nam.

Dalam tempoh sama, import meningkat 15.8 peratus kepada RM128.9 bilion, dipacu oleh pertambahan import barangan modal dan barangan perantaraan.

Kenaikan eksport sebahagiannya disokong oleh penghantaran yang lebih tinggi bagi barangan elektrik dan elektronik, barangan optik dan saintifik, bijih logam serta serpihan logam dan barangan perkilangan.

Sementara itu, peningkatan import dipacu oleh kemasukan barangan dari China, Costa Rica, Republik Korea, Emiriah Arab Bersatu, Taiwan, Oman serta Kesatuan Eropah.

Antara barangan utama yang diimport termasuk barangan elektrik dan elektronik, jentera, kelengkapan dan peralatan, bijih logam serta barangan optik dan saintifik.

Related Posts

Malaysia tetap pertahan prinsip negara walau ada hubungan baik bersama kuasa besar

MUAR – Hubungan baik dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat tidak pernah menghakis pendirian Malaysia dalam mempertahankan prinsip nasional berkaitan isu di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perkembangan positif hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan persefahaman yang dicapai kedua-dua negara ke arah menamatkan permusuhan di Asia Barat. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak