FTES tumpu bidang strategik seperti AI, robotik dan keselamatan siber – Abang Johari

KUCHING – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) turut memberi penekanan kepada bidang pengajian strategik yang sejajar dengan keperluan industri dan hala tuju pembangunan ekonomi masa depan negeri.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pada fasa permulaan, sebanyak 64 program pengajian ditawarkan di institusi pengajian tinggi milik Sarawak, merangkumi bidang teknologi dan profesional yang berimpak tinggi.

Menurut beliau, antara bidang utama yang diberikan tumpuan termasuk kecerdasan buatan (AI), robotik, keselamatan siber, sains data, selain bidang kewangan, perakaunan dan undang-undang.

“Dunia kini bergerak pantas ke arah ekonomi berasaskan teknologi dan data. Justeru, Sarawak memerlukan generasi muda yang memiliki pengetahuan serta kemahiran dalam bidang sains dan teknologi moden bagi memastikan negeri ini kekal berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) di Dewan Konvensyen, Raia Hotel & Convention Centre Kuching, pada Khamis.

Abang Johari menjelaskan, tumpuan terhadap bidang strategik itu selari dengan usaha kerajaan negeri memanfaatkan kelebihan Sarawak dalam sektor tenaga, teknologi hijau dan ekonomi digital.

Katanya, melalui pelaksanaan FTES, kerajaan Sarawak berhasrat melahirkan modal insan yang bukan sahaja memenuhi keperluan pasaran kerja semasa, malah mampu menyumbang kepada pembangunan jangka panjang negeri.

“Pendidikan tinggi perlu diselaraskan dengan keperluan masa depan. Inilah pendekatan yang diambil kerajaan Sarawak dalam merangka pelaksanaan skim ini,” katanya.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar