Buaya 15 kaki berjaya ditangkap dalam Op Remove

SARATOK – Seekor buaya jantan sepanjang kira-kira 15 kaki dengan anggaran berat antara 300 hingga 400 kilogram berjaya ditangkap dalam Op Remove yang bertujuan mengurangkan populasi buaya di daerah Saratok yang dijalankan di sepanjang Sungai Krian, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi bersepadu itu melibatkan seramai 18 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Forestry Corporation (SFC) Sibu serta RELA.

Menurut beliau, operasi tersebut merupakan hasil kerjasama strategik antara IPD Saratok bersama SFC Negeri Sarawak dan beberapa jabatan kerajaan lain bagi mengawal serta menangani populasi buaya yang semakin meningkat dan berpotensi mengancam keselamatan penduduk setempat.

“Operasi menangkap dan memindahkan buaya ini dilaksanakan bermula 14 Disember hingga 23 Disember 2025 dengan tumpuan di kawasan Kampung Kupang serta sepanjang Ulu Sungai Batang Krian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, keselamatan anggota sentiasa diutamakan sepanjang operasi dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP), termasuk penggunaan kelengkapan keselamatan dan jaket keselamatan ketika berada di sungai.

DSP Mathew menjelaskan, pada hari pertama operasi, tiada tangkapan dilakukan apabila operasi terpaksa ditangguhkan ke hari berikutnya, namun pemantauan dan pengiraan mendapati anggaran kira-kira 178 ekor buaya berada di kawasan pemantauan yang telah dikenal pasti.

Pada hari kedua pula, sebanyak sembilan umpan telah dipasang di beberapa lokasi strategik sepanjang Sungai Krian bagi tujuan memerangkap buaya.

“Pada hari ketiga operasi, sekitar jam 4 petang, pihak kami menerima maklumat daripada penduduk rumah panjang bahawa salah satu umpan telah dibawa lari oleh seekor buaya,” katanya.

Susulan maklumat tersebut, pasukan operasi segera bertindak dan berjaya mengesan serta menangkap seekor buaya jenis buaya katak (Crocodylus porosus) yang termakan umpan sebelum dibawa ke darat.

Menurut Mathew, buaya berkenaan kemudiannya disimpan di Pusat Operasi sebelum diserahkan kepada pemburu buaya berlesen untuk tindakan lanjut dan direkodkan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau turut menasihatkan penduduk setempat agar sentiasa berwaspada, khususnya ketika menjalankan aktiviti di sungai, serta segera melaporkan sebarang penampakan buaya kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Related Posts

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) membuat laporan polis berhubung dakwaan kewujudan amalan menjual tempat pengajian dan kemasukan pelajar melalui ‘jalan belakang’ ke universiti awam yang tular menerusi satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

KUANTAN – Seramai 28 pelajar daripada Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang (MAMPAN) menyertai Misi Kasih Keluarga MAMPAN Bersama Komuniti di FELDA Lepar Hilir 3, semalam. Program itu membabitkan 14 keluarga angkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Diesel di Semenanjung turun kepada RM4.37 seliter minggu depan – MoF

Diesel di Semenanjung turun kepada RM4.37 seliter minggu depan – MoF

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3