Peruntukan RM90 juta Belanjawan Sabah bukti tiada komuniti dipinggirkan – Grace Lee

KOTA KINABALU – ADUN Dilantik, Grace Lee Li Mei menyifatkan Belanjawan Sabah 2026 sebagai manifestasi sebenar konsep keluarga Sabah yang inklusif dan menyeluruh, sekali gus membuktikan bahawa tiada komuniti dipinggirkan di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut beliau, belanjawan tersebut membuktikan bahawa di bawah payung pentadbiran GRS, tiada sesiapa yang dipinggirkan tanpa mengira latar belakang etnik dan kepercayaan agama.

“Fokus utama saya hari ini adalah menyentuh mengenai pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat, khususnya berkaitan peruntukan bantuan kepada badan keagamaan dan sekolah-sekolah bukan kerajaan.

“Angka RM90 juta itu adalah satu angka yang sangat signifikan. Ia merupakan satu kenaikan dan pengiktirafan yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya semasa berucap dalam Sidang DUN yang ke-17 Negeri Sabah, di sini pada Selasa.

Grace berkata, Sabah mempunyai sejarah pendidikan yang unik dengan kewujudan sekolah-sekolah mubaligh seperti La Salle, Convent, All Saints, selain Sekolah Vernakular Cina dan Sekolah Menengah Persendirian Cina yang telah bertapak sebelum kemerdekaan.

“Institut-institut inilah yang telah melahirkan ramai pemimpin negeri, kapten industri dan penjawat awam yang berjasa, termasuk ramai yang duduk di dalam dewan ini.

“Namun, realiti pengurusan sekolah-sekolah ini amat mencabar,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai sekolah bantuan model atau sekolah persendirian, institusi berkenaan tidak menerima pembiayaan penuh daripada Kerajaan Persekutuan seperti sekolah kebangsaan, sedangkan kos penyelenggaraan bangunan warisan, operasi dan gaji guru tambahan semakin meningkat.

“Selama ini, Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terpaksa bekerja keras menganjurkan jualan amal, makan malam dana dan kutipan derma semata-mata untuk memastikan bumbung sekolah tidak bocor atau bilik kerja cukup selesa untuk anak-anak kita belajar.

“Bantuan ini akan membolehkan pihak sekolah menaik taraf infrastruktur, membaiki pendawaian elektrik yang usang, memodernkan makmal komputer dan menyediakan persekitaran pelajaran yang kondusif,” katanya.

Menurutnya, selain pendidikan, peruntukan itu turut meliputi bantuan kepada Institut Keagamaan Bukan Islam termasuk tokong dan kuil di seluruh Sabah.

“Bagi masyarakat Tionghoa, rumah ibadat bukan sekadar tempat sembahyang. Tokong dan kuil sering menjadi pusat komuniti, pusat kebudayaan dan tempat penyatuan masyarakat setempat.

“Kos penyelenggaraan rumah ibadat semakin meningkat dan banyak jawatankuasa, khususnya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, berdepan kekangan kewangan.

“Sokongan kewangan daripada kerajaan ini menghantar mesej yang sangat jelas. Di Sabah kebebasan beragama bukan sekadar tertulis dalam perlembagaan tetapi diterjemahkan melalui sokongan kewangan dan dasar kerajaan,” katanya.

Tambahnya, bantuan tersebut membolehkan badan keagamaan terus berfungsi bukan sahaja untuk tujuan keagamaan, malah menjalankan kelas moral, aktiviti kebajikan dan program kemasyarakatan demi kestabilan sosial serta perpaduan kaum.

Namun demikian, beliau menegaskan keberkesanan peruntukan RM90 juta itu bergantung kepada mekanisme pelaksanaannya.

“Saya ingin mengeluarkan beberapa cadangan dan harapan agar bantuan ini sampai kepada golongan sasaran dengan efisien. Pertama, memudahkan proses permohonan. Kedua, pengagihan yang adil dan telus dan ketiga, penyaluran dengan segera,” katanya.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu