Banyak lagi infrastruktur Liawan yang perlu dinaik taraf – Nik Mohd Nazri

KOTA KINABALU – Masih banyak keperluan asas infrastruktur yang kritikal perlu dibuat di kawasan Liawan khususnya jalan raya, kata ADUN Liawan, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi.

Beliau berkata, isu berkenaan telah dikemukakan oleh pemimpin masyarakat dan wakil rakyat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak beberapa tahun lalu.

“Saya ingin membangkitkan isu yang amat asas tetapi sangat kritikal kepada kehidupan harian rakyat di kawasan saya, iaitu keperluan menaik taraf jalan-jalan sedia ada kepada jalan yang berturap.

“Khususnya Jalan Gaulan-Opor, Jalan Sigapon, Jalan Lama-Tenom Keningau dan cadangan menaik taraf laluan ‘low-level crossing’ ke jambatan konkrit di Kampung Ulu Senagang,” katanya semasa berucap dalam Sidang DUN ke-17 Negeri Sabah, di sini, pada Selasa.

Menurut Mohd Nadzdi, rakyat akar umbi masih tertanya-tanya tentang status sebenar permohonan menaik taraf jalan itu sama ada ia telah diluluskan, berada dalam peringkat kajian teknikal atau masih menunggu peruntukan.

Justeru, beliau meminta penjelasan mengenai status terkini permohonan naik taraf jalan-jalan terbabit, jumlah laluan yang telah diluluskan, sedang dalam peringkat reka bentuk atau masih dalam senarai menunggu bagi Kawasan Liawan.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan isu jalan-jalan kebun yang disifatkan sebagai asas kepada keselamatan makanan dan ekonomi luar bandar yang perlu diberi perhatian serta naik taraf secara berperingkat.

“Jalan kebun perlu dilihat sebagai pelaburan ekonomi, bukannya beban. Dicadangkan agar naik taraf asas kepada konkrit atau turapan minimum, khususnya di kawasan pengeluaran hasil yang aktif.

“Jika kita benar-benar serius memperkasa sektor pertanian, akses mesti dipermudahkan,” ujarnya.

Related Posts

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan. Perintah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

KULIM – Kebakaran besar yang memusnahkan empat kilang di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, di sini hari ini berjaya dikawal anggota bomba selepas lebih dua jam operasi pemadaman dijalankan. Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin