Integriti dan inovasi perlu bergerak seiring – Abdul Rahman

KUCHING – Integriti perlu dijadikan teras utama dalam setiap keputusan dan tindakan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kepercayaan rakyat terus terpelihara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menegaskan inovasi tanpa integriti boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan, manakala integriti tanpa inovasi pula berisiko menyebabkan perkhidmatan awam menjadi perlahan, rumit dan tidak berkesan.

“Apabila integriti digabungkan dengan inovasi, ia akan mewujudkan ekosistem perkhidmatan awam yang cekap, responsif dan diyakini rakyat. Kedua-dua elemen ini mesti digerakkan secara selari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Integriti dan Inovasi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2025 yang berlangsung pada Isnin.

Menurut Abdul Rahman, setiap keputusan yang dibuat DBKU perlu berasaskan prinsip ketelusan, bebas daripada sebarang konflik kepentingan serta sentiasa mengutamakan kepentingan awam, bermula daripada peringkat pengurusan tertinggi hingga ke barisan hadapan.

Katanya, penghayatan nilai integriti yang konsisten bukan sahaja memperkukuh tadbir urus organisasi, malah menjadi asas penting dalam mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman berkata, integriti bukan sekadar slogan atau alasan untuk mengelak membuat keputusan, sebaliknya kompas moral yang membimbing warga kerja DBKU agar bertindak secara berani, tepat dan bertanggungjawab.

“Integriti bukan tembok yang menghalang, tetapi panduan supaya kita tidak tersasar. DBKU bukan ‘gatekeeper’, sebaliknya pemudah cara kepada penyelesaian masalah rakyat,” katanya.

Beliau menambah, DBKU terus memperkukuh budaya kerja berintegriti melalui pemantapan etika kerja, pelaksanaan latihan kesedaran integriti serta pengukuhan sistem pemantauan dalaman bagi memastikan tadbir urus yang baik sentiasa dipelihara.

Related Posts

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian