Azalina galakkan orang ramai pilih ETS untuk perjalanan jauh rentas negeri

PENGALAMAN menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) jauh lebih selesa selain menjimatkan masa dan mengurangkan stress.

Perkara itu diakui oleh Datuk Seri Azalina Othman Said yang baru-baru ini telah memilih perkhidmatan ETS dari Johor Bahru untuk pulang ke ibu negara.

Malah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu menggalakkan orang ramai untuk beralih menggunakan perkhidmatan awam seperti ETS kerana tidak perlu menempuhi kesesakan jalan raya selain lebih mesra alam.

“Selesai urusan di kawasan, saya pilih untuk pulang ke Kuala Lumpur menaiki ETS dari Johor Bharu Sentral–KL Sentral yang baru sahaja dilancarkan oleh Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu.

“Perjalanan jadi lebih mudah apabila pilih pengangkutan awam — lebih selesa, jimat masa, kurangkan stres… tak perlu tempuh trafik jem dan lebih mesra alam.

“Terima kasih kepada Team Kereta Api Tanah Malaysia (KTM) Berhad di atas segala bantuan yang diberikan semalam,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Khamis lalu, media melaporkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru (PLBEGJB) di Stesen KTMB Kempas Baru, Johor Bahru.

Projek sepanjang 192 kilometer itu turut merangkumi pembinaan sebelas stesen baharu iaitu Segamat, Genuah, Labis, Bekok, Paloh, Kluang, Mengkibol, Renggam, Layang-Layang, Pulai dan Kempas Baru.
Perkhidmatan ETS berkelajuan operasi 140 kilometer sejam membolehkan perjalanan dari Johor Bahru ke KL Sentral ditempuh hanya empat jam setengah, manakala perjalanan penuh hingga Padang Besar mengambil kira-kira 10 jam.

Pembangunan itu memberi impak besar kepada rakyat antaranya membuka peluang pekerjaan tidak langsung dalam sektor perniagaan, logistik, makanan serta pengangkutan sampingan di kawasan sekitar stesen-stesen baharu.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan