Cadang rumah SMJ bertingkat, atasi kekangan tanah separa bandar – Mohamed Razali

KOTA KINABALU – Cadangan pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) secara bertingkat dilihat sebagai pendekatan lebih praktikal bagi mengatasi kekangan tanah di kawasan separa bandar yang semakin padat, kata ADUN Dilantik, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi.

Beliau berkata, pengumuman Belanjawan Sabah 2026 yang meningkatkan kuota Rumah Mesra SMJ daripada 20 kepada 40 dan kini 50 unit bagi setiap kawasan DUN sememangnya memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya golongan belia dan pasangan muda yang masih belum mampu memiliki rumah sendiri.

“Namun, realiti di kawasan separa bandar seperti Sepanggar menuntut pendekatan yang lebih strategik.

“Isu utama bukan sekadar bilangan unit tetapi keterbatasan tapak tanah akibat kepadatan penduduk yang semakin meningkat,” katanya ketika berucap semasa Sidang DUN yang ke-17, di sini, pada Selasa.

Jelasnya, satu tapak tanah yang sebelum ini hanya mampu menempatkan sekitar 20 unit rumah setingkat berpotensi menampung jumlah unit Rumah SMJ yang lebih besar sekiranya dibangunkan dalam bentuk bertingkat.

“Pendekatan ini bukan sahaja lebih cekap dari segi penggunaan tanah, malah membolehkan lebih ramai rakyat Sabah memiliki rumah,” katanya.

Sehubungan itu, Razali mencadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan pelaksanaan Rumah SMJ bertingkat khususnya di kawasan separa bandar sebagai sebahagian daripada dasar perumahan mampan negeri.

Dalam masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar kajian menyeluruh dijalankan berhubung pembangunan Rumah SMJ atas air bagi komuniti penempatan atas air.

Tambahnya, reka bentuk dan konsep perumahan juga perlu dapat disesuaikan dengan keperluan serta realiti setempat.

“Pendek kata, pendekatan ini membolehkan lebih ramai keluarga dibantu tanpa perlu menambah keluasan tanah, sekali gus menjadikan pelaksanaan Rumah Mesra SMJ lebih inklusif dan praktikal,” ujarnya.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow