UMNO tidak ada hubungan langsung dengan DAP, Zahid jawab MCA

UMNO tidak mempunyai hubungan langsung dengan DAP, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya, Presiden UMNO itu menegaskan, kerjasama adalah melibatkan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau menjawab gesaan MCA supaya parti-parti komponen BN tidak meneruskan kerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Oleh kerana MCA merupakan parti komponen dalam BN dan DAP pula adalah parti komponen dalam PH, maka asas utama kerjasama ini bukanlah parti ke parti tetapi gabungan ke gabungan.

“Perkara ini boleh diselesaikan dan kesefahaman dapat dicapai,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Lawatan Rasmi di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute di Gombak, hari ini.

Sebelum ini, Perhimpunan Agung Tahunan MCA meluluskan resolusi menolak kerjasama dengan DAP pada PRU16 dengan alasan ideologi berbeza dua parti terbabit.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, parti itu juga akan menentukan hala tuju sendiri jika mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan DAP dalam apa jua bentuk semasa pilihan raya itu.

“Jika mana-mana parti komponen BN bekerjasama dengan DAP dalam apa jua bentuk semasa pilihan raya umum akan datang, ia membuktikan semangat BN telah mati.

“MCA mestilah bertanding dalam PRU dan PRN akan datang, serta berusaha sepenuhnya untuk mendapatkan mandat rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, keutamaan ketika ini adalah rasionaliti politik khususnya berkaitan bila PRU akan diumumkan.

Soal kerjasama perkara itu akan diserahkan kepada kepimpinan tertinggi BN dan PH untuk ditangani secara bersama.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit