Puad cadang Tun M, Muhyiddin bersara dari arena politik

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mencadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berundur daripada arena politik kerana pertelingkahan antara kedua-dua tokoh itu didakwa terus menyumbang kepada suasana politik negara yang semakin toksik.

Puad berkata, tuduhan Dr Mahathir terhadap Muhyiddin yang didakwa menyimpan wang parti di rumah merupakan satu dakwaan berat dan memalukan, namun sehingga kini Muhyiddin dilihat tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Beliau mempersoalkan sama ada tindakan Muhyiddin yang tidak menyaman Dr Mahathir membawa maksud wujud keperluan politik tertentu, termasuk kemungkinan bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Puad turut mempersoalkan pendirian Dr Mahathir sekiranya beliau masih mahu bekerjasama dengan Muhyiddin, sedangkan sebelum ini mengeluarkan tuduhan serius terhadap Presiden Bersatu itu.

“Di mana maruah jika masih bekerjasama dengan individu yang dituduh sebagai pencuri?” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Beliau juga merujuk kenyataan Dr Mahathir sebelum ini yang menegur Muhyiddin kerana bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sambil mempersoalkan pendirian Datuk Seri Hamzah Zainudin serta kumpulannya dalam isu berkenaan.

Katanya, isu itu berpotensi dijadikan senjata politik dalaman untuk menggugat kedudukan Muhyiddin sebagai presiden parti.

Sehubungan itu, beliau berpandangan kedua-dua tokoh berkenaan wajar bersara daripada politik demi memberi ruang kepada kepimpinan baharu dan mengelakkan politik negara terus dibelenggu konflik peribadi.

“Mahathir dan Muhyiddin menjadikan politik Malaysia semakin toksik. Dua-dua kena berundur,” katanya.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman