SEC rai, iktiraf peranan pengamal media dalam pembangunan tenaga Sabah

KOTA KINABALU – Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) buat julung kalinya menganjurkan Malam Penghargaan Media sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan peranan penting pengamal media dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEC, Datuk Ir Adzmir Abd Rahman berkata, majlis penghargaan itu bukan sekadar acara rasmi, tetapi wadah untuk mengiktiraf hubungan akrab antara SEC dan media, selain menghargai profesionalisme wartawan dalam melaporkan isu tenaga di Sabah.

“Malam ini istimewa bukan kerana ia besar, tetapi kerana ia ikhlas. Ia bukan malam pengumuman, tetapi malam penghargaan. Bukan malam mesej korporat, tetapi malam untuk menyampaikan terima kasih.

“Kerjasama antara SEC dan pengamal media tidak hanya berlaku di meja mesyuarat, tetapi juga melalui aktiviti santai yang mengeratkan hubungan, termasuk perlawanan boling persahabatan bersama SJA tahun lalu,” katanya semasa menyampaikan ucapan sempena program tersebut di sini pada Khamis.

Majlis yang berlangsung pada Jumaat itu dihadiri Pengerusi SEC, Datuk Anuar Ayub dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mariah Doksil serta barisan kepimpinan syarikat.

Adzmir turut merakamkan penghargaan atas liputan seimbang media terhadap projek tenaga utama SEC sepanjang tahun, termasuk Projek Hidroelektrik Ulu Padas serta pembangunan projek turbin angin berskala utiliti pertama di Malaysia yang bakal dilaksanakan di utara Sabah.

“Ini bukan langkah kecil, tetapi perubahan besar bagi masa depan tenaga negeri. Peranan anda dalam memberikan maklumat yang jelas dan bertanggungjawab tidak boleh diperkecilkan,” katanya.

Beliau berkata komunikasi yang telus dan berkualiti antara media dan institusi memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan masyarakat serta memastikan maklumat yang tepat sampai kepada rakyat.

Dalam pada itu, Adzmir turut berkata, SEC terus menjadi penyokong tetap Anugerah Media Kinabalu sebagai usaha mengiktiraf kewartawanan berimpak tinggi.

“Kami percaya kecemerlangan perlu diraikan. Kewartawanan yang baik bukan berlaku secara kebetulan, tetapi melalui ketekunan dan komitmen,” katanya.

Beliau berkata, SEC komited mengekalkan hubungan kerja yang terbuka, telus dan konstruktif dengan media selaras usaha syarikat memperluas tenaga boleh diperbaharui, memperkukuh ketahanan grid dan membina masa depan tenaga yang lebih mampan untuk Sabah.

Related Posts

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

BARIO – Pesta Nukenen dan Kebudayaan Bario 2026 terus menjadi platform utama bagi mempromosikan keunikan budaya, warisan serta keindahan alam semula jadi tanah tinggi di Sarawak. Timbalan Menteri di Pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

SIBU – Program KAWAN anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) terus menjadi medium komunikasi berkesan dalam memperkukuh penyampaian inisiatif dan maklumat kerajaan kepada komuniti setempat.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

Malaysia kekal RM1.99 walau seluruh dunia naikkan harga minyak

Malaysia kekal RM1.99 walau seluruh dunia naikkan harga minyak