Isu UEC: Bahasa Melayu perlu diutamakan seluruh rakyat Malaysia – Anwar

LANGKAWI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sebarang tuntutan yang melibatkan isu bahasa, agama dan kaum perlu mengambil kira kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, kerajaan mempertahankan prinsip asas negara, termasuk martabat Bahasa Melayu yang perlu terus diangkat sebagai bahasa ilmu dan perpaduan nasional.

“Kebelakangan ini, ada pelbagai suara yang membuat tuntutan berkaitan bahasa. Ada yang mahu menekankan penggunaan bahasa Inggeris, ada juga yang menuntut pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Saya nak jelaskan begini. Ini Malaysia. Bahasa Melayu bahasa rasmi dan siapa pun dalam percubaan mereka untuk membawa mesej sesuatu bahasa, mesti ingat bahawa bahasa rasmi Bahasa Melayu harus diangkat sebagai bahasa ilmu yang dikuasai oleh semua rakyat Malaysia. Yang itu kita noktahkan, jelaskan,” katanya .

Belia berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nur al-Hidayah, Kuah di sini.

Mengulas lanjut, Anwar menekankan bahawa penguasaan Bahasa Melayu perlu diperkukuh terlebih dahulu sebelum sebarang cadangan untuk memperkasa bahasa lain atau mengiktiraf sistem pendidikan alternatif seperti UEC dibincangkan.

Menurut beliau, Bahasa Melayu perlu dimartabatkan sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang teknologi baharu dan kecerdasan buatan (AI), agar ia kekal relevan dan menjadi medium utama dalam pembangunan negara.

“Kalau perkara asas ini sudah jelas dan dilaksanakan, barulah kita boleh bincang soal keperluan meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris atau pengiktirafan UEC.

“Saya tidak menolak kepentingan bahasa lain, tetapi keutamaan tetap kepada Bahasa Melayu,” katanya.

Anwar turut mengingatkan bahawa sebarang cadangan yang hanya menumpukan kepada satu bahasa atau satu kaum tanpa mengambil kira kedudukan Bahasa Kebangsaan boleh menimbulkan ketegangan dan menggugat keharmonian masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dalam mengemukakan sebarang tuntutan, dengan memastikan ia selari dengan semangat Perlembagaan dan tidak mengabaikan kepentingan nasional.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dilaporkan akan bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok