APM Sandakan laksana pemindahan mangsa banjir di 2 kampung

SANDAKAN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan bersama-sama beberapa agensi penyelamat menjalankan operasi pemindahan mangsa banjir di Kampung Garinono dan Kampung Pertanian Batu 25 selepas paras air meningkat dan menjejaskan kawasan berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Kapt (PA) Sulaiman Salama berkata, hasil pemantauan mendapati beberapa rumah telah terjejas, sekali gus memerlukan pemindahan segera bagi memastikan keselamatan penduduk.

Menurutnya, pasukan operasi yang terdiri daripada APM Sandakan, agensi keselamatan serta pihak berkuasa tempatan digerakkan ke lokasi bagi membantu memindahkan mangsa ke kawasan lebih selamat.

“APM Sandakan terus membuat pemantauan berterusan terhadap situasi banjir dan bersedia sekiranya perlu melaksanakan pemindahan tambahan atau pengaktifan pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, orang awam turut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa, utamakan keselamatan dan segera menghubungi talian 999 sekiranya berlaku kecemasan.

Related Posts

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kemelut berkaitan adat dan perlembagaan yang berlaku di Negeri Sembilan, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia disifatkan signifikan kepada Sabah dan Sarawak kerana mengambil kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia