Pelaku genosid Gaza mesti dihukum – PM Sepanyol

PERDANA Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menegaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab terhadap genosid di Gaza mesti dihadapkan ke muka pengadilan, sambil menekankan bahawa keamanan sejati hanya boleh dicapai melalui keadilan.

Berucap sempena Hari Hak Asasi Manusia ketika menerima Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Sanchez menyifatkan tahun 2025 sebagai antara tahun paling getir buat rakyat Palestin, dengan sebahagian besar kediaman di Gaza musnah dan jutaan tan runtuhan memenuhi wilayah itu.

Beliau turut memberi amaran bahawa gencatan senjata yang diumumkan tidak bermakna penderitaan penduduk Gaza telah berakhir.

“Sehingga hari ini, selepas pengumuman gencatan senjata, rakyat Palestin di Gaza masih diserang. Kita perlukan keamanan sebenar. Mereka yang bertanggungjawab terhadap genosid ini mesti dibawa ke muka pengadilan,” katanya, lapor Anadolu.

Sanchez mengulangi komitmen Sepanyol terhadap penyelesaian dua negara dan menggariskan tiga keutamaan utama, iaitu memastikan krisis Palestin tidak hilang daripada perhatian masyarakat antarabangsa, memperkukuh peranan Pihak Berkuasa Palestin dalam membentuk tadbir urus masa depan, serta bekerjasama dengan rakan Eropah, Arab dan antarabangsa untuk mewujudkan jaminan keselamatan yang mampu menamatkan keganasan sekali dan untuk selama-lamanya.

Katanya, rakyat Sepanyol amat tersentuh dengan kemusnahan di Gaza dan memberikan sokongan padu terhadap pengiktirafan negara Palestin.

Sanchez menegaskan bahawa Sepanyol dan Palestin akan sentiasa berjalan seiring, sambil berharap kunjungan Abbas dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama, merapatkan hubungan, serta mencari penyelesaian berlandaskan undang-undang antarabangsa.

Related Posts

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan