Tandukan Kounde bantu Barca tewaskan Frankfurt

WATAK wira tidak diduga, Jules Kounde menyempurnakan dua tandukan membantu Barcelona menewaskan Eintracht Frankfurt 2-1 awal pagi tadi.

Keputusan itu mengukuhkan peluang mereka menamatkan fasa liga dalam kelompok lapan teratas.

Ansgar Knauff meletakkan pelawat di depan, namun dua jaringan pertahanan Perancis itu pada awal babak kedua mengembalikan kelebihan buat Barca.

Dalam aksi Liga Juara-Juara pertama mereka di Camp Nou sejak 2022, Barca membalas dendam ke atas Frankfurt yang pernah mengaibkan mereka ketika saingan Liga Europa pada tahun sama.

Ketika itu, pasukan Bundesliga itu memenuhi Camp Nou dengan penyokong sendiri dan menyingkirkan Barca ketika detik paling buruk era Xavi Hernandez.

Dengan treble domestik dan kemaraan ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu, pengganti Xavi, Hansi Flick berjaya mengubah aura kelab, namun musim ini Barca tetap bergelut dalam beberapa perlawanan.

Kekalahan kepada Chelsea dan Paris Saint-Germain meletakkan Barca dalam posisi sukar, namun dengan menundukkan Frankfurt, mereka kembali berpeluang mengelakkan pusingan play-off.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai