PH perkukuh fokus reformasi selepas teliti keputusan PRN17 Sabah – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) menegaskan komitmen untuk memperkukuh pelaksanaan reformasi institusi sebagai antara keutamaan utama gabungan itu susulan Mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan pada Selasa.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas gabungan berkenaan meneliti dapatan dan implikasi keputusan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah baru-baru ini.

Menurut beliau, PH berpandangan bahawa beberapa aspek reformasi institusi perlu dilaksanakan dengan lebih tegas dan diperkukuh dalam tempoh terdekat bagi memastikan keberkesanan pentadbiran serta kepercayaan rakyat.

“Mesyuarat Majlis Presiden bersetuju bahawa pelaksanaan beberapa perkara berkaitan reformasi institusi wajar diberi keutamaan dan digerakkan dengan lebih tuntas, khususnya selepas mengambil kira keputusan PRN17 Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai turut memaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan bersetuju untuk mengadakan Konvensyen Pakatan Harapan pada suku pertama tahun depan.

Katanya, konvensyen itu akan menjadi platform menetapkan fokus keutamaan usaha reformasi serta hala tuju negara bagi tempoh dua tahun akan datang.

Beliau berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membincangkan isu berkaitan urus tadbir kerajaan, perkembangan ekonomi rakyat dan pelaksanaan manifesto serta agenda reformasi sepanjang tiga tahun pentadbiran.

Semalam, media melaporkan bahawa Majlis Pimpinan Pusat PKR telah mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti dapatan awal analisis keputusan PRN17 Sabah, termasuk prestasi kerusi ditandingi parti itu dan PH.

Pada PRN17 Sabah bulan lalu, PKR meletakkan 12 calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun hanya meraih kemenangan di DUN Melalap. DAP pula tewas di semua lapan kerusi yang ditandinginya, termasuk enam kerusi yang sebelum ini disandang parti berkenaan.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit