Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan itu bukan sahaja memperkukuh infrastruktur asas malah membuka ruang pertumbuhan ekonomi baharu dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

“Kerajaan Negeri amat menghargai sokongan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan Perlis menerima projek pembangunan berskala besar demi manfaat rakyat dan negeri,” katanya.

Beliau berkata, projek yang bakal dilaksanakan di Perlis melalui Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober lalu antaranya menaik taraf Jalan Kampung Batu Dua ke Beseri serta pembangunan Kolam Takungan Banjir Chuping.

Menurut beliau, pemasangan mesin pengimbas di Pelabuhan Darat Perlis, perolehan bangunan Kuarters Kakitangan Hospital Tuanku Fauziah dan pembinaan gantian penuh Sekolah Kebangsaan Chuping antara projek yang akan dilaksana mengikut perancangan.

“Kerajaan Negeri serta jabatan pentadbiran yang diterajui Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail, akan memberikan komitmen penuh bagi memastikan setiap perancangan dan inisiatif pembangunan dapat diterjemahkan kepada kemajuan nyata untuk rakyat Perlis,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Perlis 2026 bertemakan Perlisku Bestari Rakyat Sejahtera pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Seri Putra, di sini, hari ini.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu