Warga emas hilang di Padawan ditemukan selamat

PADAWAN – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang di Lorong 4, Kampung Singaie/Simpok di sini sejak malam Jumaat lalu telah ditemukan selamat pada pagi Isnin.

Mangsa, Aron Rajak, 57, ditemukan kira-kira jam 10.41 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas operasi memasuki hari ketiga.

Sebelum ini, operasi SAR melibatkan seramai 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dengan bantuan sebuah jentera EMRS dan sebuah Hilux, diketuai PBK II Tommy Enchana.

Mangsa dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dengan memakai singlet putih dan sarung kain.

Info selanjut akan diumumkan oleh pihak Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak.

Related Posts

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

GERIK – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam peserta ekspedisi pendakian Trans GBB (Gunung Gerah, Bilah dan Bieh) yang dilaporkan hilang diperluaskan hari ini dengan menggerakkan aset darat, air dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

TAWAU – Sistem pengurusan hospital di negeri ini terus diperkemas bagi menangani isu kesesakan pesakit serta mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing