Paras air naik, tiada pemindahan di Nanga Sekerah setakat ini

KANOWIT – Sebuah rumah panjang di Nanga Sekerah, Sungai Poi dikenal pasti terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan dalam rondaan dan pemantauan yang dijalankan pada Isnin.

Menurut kenyataan Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, rondaan dilakukan bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari melibatkan kawasan kediaman milik Lating Niggong.

“Hasil pemantauan mendapati kawasan sekitar rumah panjang serta jalan masuk telah dinaiki air dengan paras anggaran antara satu hingga tiga kaki,” menurut laporan tersebut.

Bagaimanapun, setakat laporan itu dikeluarkan, trend air didapati masih meningkat namun keadaan dilaporkan terkawal dan tiada pemindahan penduduk dilakukan.

Ketika rondaan dijalankan, keadaan cuaca dilaporkan hujan.

Operasi rondaan diketuai oleh PBK II (TBK I) Azri Hazmi bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, dengan penggunaan sebuah kenderaan D-Max sebagai aset operasi.

Pihak bomba akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Ng Suee Lim nasihat penduduk waspada susulan puting beliung di Tanjong Karang

Ng Suee Lim nasihat penduduk waspada susulan puting beliung di Tanjong Karang

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur JIM

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur  JIM