Lelaki ditemukan lemas dalam kolam di Tatau

TATAU – Seorang lelaki ditemukan lemas dalam sebuah kolam berhampiran rumah pekerja di Simpang RH Kiroh Anak Bali pada pagi Isnin.

Mangsa, Daniel Jumau, 23, disahkan meninggal dunia selepas ditemui oleh pasukan penyelamat pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula jam 9.50 pagi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.18 petang Ahad.

“Sebaik tiba di lokasi, saksi memaklumkan mangsa dipercayai telah turun untuk mandi di kolam berhampiran sebelum gagal dikesan. Hanya tuala dan selipar miliknya dijumpai di tepi kolam,” menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, operasi SAR disambung melibatkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, dibantu Unit Pasukan Penyelam Dalam Air (PPDA) BBP Bintulu seramai empat anggota.

Operasi diketuai Komander Operasi, PBT II Herudin Ealhi, dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pencarian dijalankan menggunakan teknik sweep oleh penyelam PPDA, manakala kaedah visual digunakan di permukaan air oleh pasukan dari tiga agensi terlibat.

“Pada 10.41 pagi, mangsa berjaya ditemui di dasar kolam pada kedalaman kira-kira enam meter sebelum diserahkan kepada pihak polis pada 10.46 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi SAR kemudiannya ditamatkan secara rasmi pada 11.01 pagi atas arahan Ketua Polis Daerah Tatau.

Sebanyak empat jentera digunakan dalam operasi itu iaitu sebuah LFRT, sebuah lori, dan dua kenderaan pikap Hilux.

Related Posts

Penduduk Tawau dinasihat tidak cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah mulai Isnin ini

TAWAU – Penduduk di sekitar daerah Tawau dinasihatkan supaya tidak panik atau cemas sekiranya melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang pada altitud rendah serta kehadiran aset-aset pertahanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ Sabah buka kaunter khas hujung minggu, mudahkan pemilik kenderaan diesel mohon BUDI Diesel

KOTA KINABALU – Pemilik kenderaan diesel di Sabah kini mempunyai lebih banyak ruang untuk melengkapkan urusan pertukaran hak milik apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah membuka kaunter khas pada setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

Penduduk Tawau dinasihat tidak cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah mulai Isnin ini

Penduduk Tawau dinasihat tidak cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah mulai Isnin ini

JPJ Sabah buka kaunter khas hujung minggu, mudahkan pemilik kenderaan diesel mohon BUDI Diesel

JPJ Sabah buka kaunter khas hujung minggu, mudahkan pemilik kenderaan diesel mohon BUDI Diesel

DBKL perhebat mitigasi pokok, utamakan keselamatan warga kota

DBKL perhebat mitigasi pokok, utamakan keselamatan warga kota

Lebih 50 peratus keluar mengundi di SMK Taman Kota Kulai setakat 12 tengah hari

Lebih 50 peratus keluar mengundi di SMK Taman Kota Kulai setakat 12 tengah hari

Sibu bakal distruktur semula berteraskan ekonomi rendah karbon – Abang Johari

Sibu bakal distruktur semula berteraskan ekonomi rendah karbon – Abang Johari