DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

KOTA KINABALU – DAP Sabah menghormati keputusan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang disifatkan sebagai isyarat jelas krisis keyakinan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan, sekali gus menuntut tindakan menangani segera.

Pengerusinya, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, mereka menerima sepenuhnya keputusan rakyat dan akan merangka hala tuju masa hadapan parti.

Katanya, DAP Sabah turut menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan beliau yang memilih untuk tidak mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan negeri.

“⁠DAP Sabah menegaskan bahawa parti tidak pernah menghantar sebarang surat  kepada Ketua Menteri Sabah berhubung penglibatan dalam kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Dalam masa sama, DAP Sabah mengalu-alukan beberapa pengumuman penting oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk peningkatan ambang e-invois kepada RM1 juta serta permulaan proses pelaksaaan pemulangan 40 peratus hasil yang menjadi hak Sabah.

“Namun begitu, DAP Sabah berpendapat bahawa lebih banyak langkah reformasi perlu dilaksanakan dan dipercepatkan untuk mengembalikan keyakinan rakyat sepenuhnya.

“Kerajaan perlu menyegerakan reformasi institusi dan melipatgandakan usaha meningkatkan ekonomi Sabah, termasuk memperkukuh urus tadbir yang telus dan baik, mengurangkan kerenah birokrasi serta meringankan beban rakyat,” jelasnya.

Tambahnya, DAP Sabah juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian Pengerusi BN Sabah yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan mendoakan agar keluarganya diberikan kekuatan menghadapi kehilangan tersebut.

DAP Sabah turut menyampaikan penghargaan kepada semua jentera parti, sukarelawan dan penyokong yang bekerja keras sepanjang kempen.

“Semangat dan dedikasi anda akan terus menjadi inspirasi dalam perjuangan kita pada masa hadapan,” kata Jin Zhe.

Related Posts

Sri Aman bakal jadi tumpuan 100,000 pengunjung sempena SKS 2026

SRI AMAN – Bahagian Sri Aman bakal menjadi tumpuan menerusi penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Zon Selatan yang menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari bermula 30 Oktober hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi dadah Kelantan meningkat, kes menurun

KOTA BHARU – Polis Kelantan melaksanakan 32,699 operasi penguatkuasaan berkaitan dadah dari Januari hingga September tahun ini, meningkat 0.7 peratus berbanding 32,460 operasi dalam tempoh sama tahun lalu. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sri Aman bakal jadi tumpuan 100,000 pengunjung sempena SKS 2026

Sri Aman bakal jadi tumpuan 100,000 pengunjung sempena SKS 2026

Operasi dadah Kelantan meningkat, kes menurun

Operasi dadah Kelantan meningkat, kes menurun

‘Track record’ pentadbiran Adly Zahari peluang PH raih sokongan PRN Melaka

‘Track record’ pentadbiran Adly Zahari peluang PH raih sokongan PRN Melaka

Representasi gugur pertuduhan bendera terbalik Akmal Saleh ditolak

Representasi gugur pertuduhan bendera terbalik Akmal Saleh ditolak

Mukhlis Mubin lambang pembaharuan politik PH, bawa suara anak muda – Penganalisis

Mukhlis Mubin lambang pembaharuan politik PH, bawa suara anak muda – Penganalisis

Hina perwatakan Mukhlis Mubin, UMNO jangan mimpi pikat Gen Z

Hina perwatakan Mukhlis Mubin, UMNO jangan mimpi pikat Gen Z