Semua segmen rakyat terima faedah Belanjawan Pahang 2026

KUANTAN – Tujuh teras utama dalam Belanjawan Pahang 2026 memberi isyarat bahawa semua segmen rakyat di negeri ini akan menerima manfaat.

Ia juga sekaligus menunjukkan kesungguhan pimpinan kerajaan Pahang dalam menjayakan agenda berteraskan gagasan Pahang 1st yang dibawa Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pengerusi Biro Sosial dan Komuniti FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, lebih 50 inisiatif diperkenalkan dalam belanjawan itu juga mampu melonjakkan tahap sosioekonomi rakyat.

“Peruntukan besar kepada golongan belia dalam memperkasakan kemahiran mereka menerusi TVET adalah langkah mempersiapkan kumpulan ini mendapat pekerjaan dengan pendapatan lebih baik.

“Begitu juga dalam hal kebajikan warga emas, golongan OKU… semua mendapat bahagian masing-masing.

“Dan semestinya kumpulan sasar seperti B40 dan kumpulan rentan, juga mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan Pahang,” katanya.

Beliau juga memuji keberanian Wan Rosdy mengumumkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan.

Katanya, kemampuan kewangan negeri hasil tatakelola cemerlang menyaksikan hasil pendapatan Pahang melepasi RM1 bilion untuk tahun ke-empat.

“Maknanya, segala usaha dilakukan sejak beliau (Wan Rosdy) menjadi menteri besar, makin menunjukkan hasil.

“Pengurusan kewangan teliti dan ditambah dengan mengurangkan ketirisan hasil dapat dilakukan dengan baik, yang akhirnya (lebihan hasil) dapat disalurkan semula untuk rakyat,” jelasnya.

Related Posts

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

MARAN – Penampilan istimewa kontinjen Orang Asli mencuri tumpuan pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jengka, yang berlangsung hari ini. Kontinjen seramai 20 orang berusia antara 14 hingga 43 itu adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari