Pemergian Bung Moktar kehilangan besar – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi keluarga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia awal pagi semalam, sambil menyampaikan ucapan takziah mewakili Kerajaan MADANI atas kehilangan tokoh itu.

Dalam kunjungan itu, Anwar menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Kerajaan MADANI kepada seluruh keluarga Allahyarham, selain menyifatkan pemergian Bung Moktar sebagai satu kehilangan besar kepada negeri Sabah dan negara.

“Pemergiannya adalah kehilangan besar kepada negeri Sabah dan negara, khususnya atas khidmat baktinya yang panjang dalam pentadbiran, siyasah serta perjuangan membela rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri turut mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dalam melalui ujian tersebut.

“Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang mencabar ini, dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman,” katanya.

Allahyarham Bung Moktar, 66, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada pukul 1.46 pagi, Jumaat.

Beliau turut mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 yang berlangsung pada 29 November lalu.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan