Syarikat berpendapatan di bawah RM1 juta dikecualikan daripada pelaksanaan e-invois

KOTA KINABALU – Kerajaan memutuskan untuk menaikkan had kelayakan pelaksanaan e-invois bagi syarikat daripada RM500,000 kepada RM1 juta, sekali gus memberi kelegaan kepada ribuan usahawan kecil dan sederhana di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam selepas kerajaan meneliti rungutan serta kebimbangan yang dibangkitkan para peniaga kecil.

“Semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri itu dah putuskan peringkat awal iaitu ambang yang syarikat ini jumlah RM500 ribu itu dibatalkan dan dinaikkan RM1 juta minimal.

“Jadi maknanya syarikat-syarikat kecil tidak perlu lagi dipaksa e-invois untuk sekarang,” katanya ketika berucap di Majlis Sentuhan MADANI Bersama Rakyat Sabah di Pusat KOnvenseyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kenaikan had daripada RM500,000 kepada RM1 juta itu merupakan langkah awal, manakala kajian lebih terperinci akan dilakukan bagi menentukan keperluan pelaksanaan e-invois bagi syarikat melebihi angka tersebut.

“Bagaimana keadaannya selepas RM1 juta, itu baru dikaji lebih mendalam, implikasi kosnya.

“Jadi sekurang-kurangnya kita dengar, kita laksanakan segera yang boleh disegerakan iaitu naik daripada had RM500 ribu kepada RM1 juta,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan tidak dapat mengumumkan perkara itu semasa tempoh kempen pilihan raya kerana terikat dengan peraturan, namun kajian semula telah dibuat dalam tempoh singkat sebelum keputusan dimuktamadkan.

“Sebab itu saya tak boleh umum masa kempen, kerana itu bertentangan dengan peraturan.

“Saya hanya boleh menyebut kita telah mengarahkan supaya Kementerian Kewangan mengkaji semula,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

IPOH – Kerajaan MADANI bersedia meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh serta kewangan kerajaan mengizinkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak bagi penubuhan Makmal MyBIM Malaysia sebagai langkah memperluaskan penggunaan teknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinergi komuniti gempur ancaman dadah dalam institusi keluarga

Sinergi komuniti gempur ancaman dadah dalam institusi keluarga

PH ada peluang pertahan PRN Negeri Sembilan, wajib pastikan peratusan keluar mengundi tinggi

PH ada peluang pertahan PRN Negeri Sembilan, wajib pastikan peratusan keluar mengundi tinggi

UMNO Gemas beri amaran tutup PDM, bantah calon Parti Wawasan

UMNO Gemas beri amaran tutup PDM, bantah calon Parti Wawasan

Lanjutan notis pengosongan Kg Gum-Gum wajar dipertimbang demi kepentingan penduduk

Lanjutan notis pengosongan Kg Gum-Gum wajar dipertimbang demi kepentingan penduduk

Bantuan mangsa ribut Sibu Jaya disalur ikut keperluan

Bantuan mangsa ribut Sibu Jaya disalur ikut keperluan

GP Belgium milik Antonelli

GP Belgium milik Antonelli