Kerajaan Persekutuan–Terengganu teruskan rundingan isu ladang FELDA

KERAJAAN Persekutuan dan Kerajaan Terengganu bersetuju meneruskan rundingan berhubung pertikaian tanah ladang FELDA, dengan melibatkan pegawai kanan sebagai langkah awal sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, persetujuan itu dicapai selepas perbincangan antara Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Zulkifli Ali, semalam.

Menurutnya, pada peringkat ini, mesyuarat antara pegawai kanan dianggap mencukupi sementara proses penyelesaian diteruskan.

“Jadi semalam Ketua Setiausaha Perbendaharaan sudah mengadakan mesyuarat bersama SS Terengganu (Setiausaha Kerajaan Terengganu) dan beberapa perkara disusuli.

“Kedua-dua pihak, termasuk FELDA bersetuju bahawa perbincangan lanjut perlu diadakan. Jadi, kita turuti proses itu sebelum kita buat apa-apa keputusan.

“Mungkin pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang akan ada beberapa perkara dibangkitkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Tapi setakat petang semalam, pertemuan terbabit (antara Johan Mahmood dengan Zulkifli) berlangsung dan perbincangan akan diteruskan. (Jadi mesyuarat) antara akan diteruskan dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Karnival Kempen Internet Selamat (KIS) 2025: Perkasa Kesedaran Keselamatan Internet di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Abdul Halim Hamzah; dan Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Abdul Karim Fakir Ali.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri sedia mempertimbangkan lanjutan tempoh remedi kepada FGV Holdings Bhd (FGV) berhubung Notis Amaran Pendudukan Secara Tidak Sah mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Notis 425 KTN), sekiranya perbincangan yang dijadualkan malam ini menunjukkan perkembangan positif.

Perbincangan itu adalah kesinambungan daripada pertemuan pertama yang berlangsung petang semalam.

Ahad lalu, Kerajaan Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah yang diusahakan FELDA di 10 ladang melibatkan kira-kira 15,000 hektar di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.

Tindakan itu diambil selepas FELDA didakwa gagal memberi maklum balas terhadap tuntutan pembayaran 30 peratus hasil keuntungan tanah milik kerajaan negeri yang diterokai sejak 40 tahun lalu.

Related Posts

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di Mahkamah Sesyen hari ini, masih menerima rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

Salah sah sertai Trabzonspor

Salah sah sertai Trabzonspor

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas