Semua 24 PPS di Perlis ditutup

KANGAR – Kesemua 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perlis ditutup sepenuhnya selepas PPS Sekolah Kebangsaan (SK) FELCRA Lubuk Sireh di Padang Besar ditutup secara hari ini.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam negeri, Kapten (PA) Rohi Azman Ramli, PPS tersebut ditutup sepenuhnya pada pukul 10 pagi tadi dan semua 16 mangsa bencana banjir dari empat yang mendapat perlindungan di situ pulang ke kediaman masing-masing.

Menurut data Angkatan Pertahanan Awam negeri, seramai 8,058 mangsa daripada 2,430 keluarga ditempatkan di semua 24 PPS yang dibuka selepas kediaman masing-masing terkesan akibat bencana banjir yang melanda seluruh negeri.

PPS SK FELCRA Lubuk Sireh adalah PPS yang pertama dibuka pada 23 November sekitar pukul 11.45 pagi dan menjadi yang terakhir ditutup hari ini menempatkan 296 mangsa daripada 90 keluarga terjejas sepanjang bencana banjir kali ini.

Kawasan Wang Kelian di Parlimen Padang Besar yang merupakan kawasan perkampungan tertinggi di Perlis dinaiki mula dinaiki air pada pagi 23 November lalu akibat hujan lebat luar biasa.

Banjir kemudiannya mula merebak di seluruh negeri termasuk di kawasan Parlimen Arau dan Kangar keesokan harinya sehingga menyebabkan beberapa sekolah ditutup segera pengajaran dan pembelajaran di rumah dilaksanakan dan Pusat Kawalan Operasi Bencana negeri diaktifkan.

Siren kecemasan turut bergema di sekitar pusat bandar kangar dan banjir meneggelamkan satu-satunya hospital di negeri itu yang terpaksa beroperasi dalam gelap dan sumber elektrik terhad.

Nilai sebenar kemusnahan harta benda sedang dinilai namun laporan awal sektor pertanian menunjukkan kerosakan hasil tanaman seperti padi, mangga harum manis serta pelbagai tanaman lain telah melepasi RM42 juta.

Dalam pada itu Pengarah APM Perlis, Leftenan Kolonel (PA), Mohd Izaimi Md Daud berkata, pihaknya sentiasa dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya dan berharap masyarakat juga sentiasa bersedia serta mengikuti perkembangan semasa.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan