20 penjawat awam tamat kursus AI di China

PUTRAJAYA – Seramai 20 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan berjaya menamatkan kursus intensif teknologi kecerdasan buatan (AI) selama enam bulan di China, semalam.

Kumpulan itu turut disertai seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalani latihan menerusi Program Pembangunan Kepakaran dan Perunding Kerajaan.

Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama strategik Universiti Multimedia (MMU) dan ZTE Corporation Sdn Bhd (ZTE Corporation) itu bermula sejak 26 Mei lalu.

Ia membabitkan pendedahan teknologi di tujuh lokasi utama di China iaitu Shanghai, Hangzhou, Shenzhen, Guangzhou, Xian, Nanjing dan Beijing.

Pegawai Bahagian Perisikan SPRM, Muhamad Helmi Hashim berkata, kursus jangka panjang terbabit memberi peluang kepada peserta mempelajari teknologi terkini AI yang kritikal dalam dunia digital hari ini.

Menurutnya, bagi konteks penguatkuasaan, teknologi berkenaan mampu mempercepatkan proses analisa data risikan dengan lebih efisien hasil bantuan kepakaran dari MMU dan ZTE Corporation.

“Peserta berpeluang mempelajari dan didedahkan dengan pelbagai maklumat terkini yang menggunakan teknologi AI.

“Ia menawarkan banyak kelebihan khususnya dalam membantu mempercepatkan proses analisa data,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Sijil penyertaan disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMU, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud.

Program itu dilaksanakan sebagai menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada November 2023 yang mahukan penjawat awam diberikan latihan kompetensi dalam bidang ‘tujahan baharu’ bagi memacu pembangunan negara serta memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Related Posts

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

LABUAN – Wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38, yang memerlukan kaki palsu baharu bagi menggantikan alat sedia ada yang semakin uzur, menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

USAHA menyediakan pendidikan percuma telah dilaksanakan secara berperingkat termasuk melalui pelupusan hutang masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun