Angkara fitnah, ADUN Pas mohon maaf

MENTERI BESAR Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menzahirkan pesanan ringkas namun bermakna di Facebook miliknya susulan tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang tampil memohon maaf berhubung kenyataan tidak tepat berkaitan projek pembangunan di Gerik.

“Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari bahana fitnah dan mehnah,” tulis Saarani dalam hantaran tersebut.

Permohonan maaf itu dibuat ADUN Kenering, Mohamad Husairi Arifin (Pas-PN) selepas mengakui berlaku kesalahan fakta ketika beliau membahaskan Belanjawan Perak 2026, khususnya membabitkan isu Program Pembangunan Kawasan (PPK) di Kampung Tawai, Gerik.

“Saya memohon maaf jikalau fakta yang saya sebut itu merupakan kesalahan dengan apa yang sebenarnya. Saya akur dengan apa jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar,” katanya ketika mencelah Sesi Penggulungan Perbahasan Belanjawan Perak 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sebelum itu, Saarani dalam ucapan penggulungannya menjelaskan beberapa kekeliruan yang ditimbulkan oleh beberapa ADUN pembangkang, termasuk dakwaan bahawa projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Tawai dibatalkan selepas dibantah penduduk dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Menurutnya, dakwaan tersebut tidak benar kerana projek yang dimaksudkan bukanlah PPRT, sebaliknya PPK yang masih belum diluluskan.

Pejabat daerah tanah juga baharu membuat permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Memang betul ada bantahan orang Kampung Tawai sebab tempat itu sudah ada cadangan untuk dibuat Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT),” jelas Saarani.

Katanya, susulan bantahan itu, pihak pentadbiran daerah meneliti semula lokasi cadangan dan mencadangkan ia dipindahkan ke kawasan lain, bukannya dibatalkan.

“Bahkan Ahli Parlimen Lenggong tidak membantah projek itu sama sekali,” tambahnya sambil menyatakan maklumat tersebut diterima melalui pegawai daerah dan Ahli Parlimen berkenaan.

Saarani turut menegaskan, meskipun berlaku salah faham berhubung fakta, beliau tidak berhasrat membawa usul penggantungan terhadap ADUN terlibat.

Sebaliknya, beliau mengingatkan semua wakil rakyat kerajaan mahupun pembangkang supaya berhati-hati ketika berbahas.

“Dewan ini dewan yang mulia, dewan perundangan. Kita tidak boleh berbahas menggunakan perkara-perkara yang tidak benar,” katanya.

Related Posts

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahu proses menggubal akta e-dagang baharu dipercepatkan bagi memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan peniaga tempatan berdepan persaingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat