Belanjawan Sarawak 2026 bukti keprihatinan kebajikan rakyat dan pelajar

KUCHING – Usaha kerajaan Sarawak menambah baik Skim Keperluan Asas Sarawak (SKAS) menerima pujian masyarakat apabila penerima menyifatkan langkah tersebut sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat kekal terpelihara.

Pekerja swasta, Suzilla Samawi, 33, berkata, penambahbaikan SKAS memberi kelegaan besar kepadanya yang menjaga anak autisme dan perlu berulang-alik ke hospital serta klinik untuk sesi rawatan.

Menurutnya, sebelum ini sebahagian besar pendapatannya digunakan bagi menampung kos rawatan, temujanji perubatan serta keperluan asas harian anak, namun bantuan SKAS membantu mengurangkan tekanan kewangan keluarga.

“Insya-Allah, bantuan ini membolehkan saya merancang bajet keluarga dengan lebih baik. Ia juga membantu menyediakan keperluan asas seperti lampin pakai buang, susu dan barangan dapur yang menjadi komitmen bulanan kami,” katanya ketika ditemu bual oleh wartawan The Malaysia Press.

Suzilla berkata, penambahbaikan itu bukan sahaja menjamin keperluan anaknya, malah memberi ruang kepada keluarganya untuk menikmati kehidupan yang lebih stabil dan teratur.

“Bagi saya, penambahan peruntukan SKAS menunjukkan kerajaan benar-benar prihatin terhadap keadaan rakyat. Langkah ini sangat bermakna,” jelasnya.

Beliau berharap Belanjawan Sarawak 2026 terus memberi tumpuan kepada kebajikan, kesihatan dan sokongan kepada keluarga yang menjaga anak istimewa, selain memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka tahun hadapan.

Sementara itu, pelajar universiti, Firdaus Ismail, 21, turut menyatakan rasa puas hati terhadap Belanjawan Sarawak 2026 yang menurutnya memberi perhatian khusus terhadap keperluan pelajar.

Katanya, inisiatif seperti Bantuan Kewangan Khas, program laptop percuma dan baucar buku sangat membantu mengurangkan kos pengajian, manakala insentif diskaun PTPTN mendorong pelajar mengurus pinjaman secara lebih berdisiplin.

“Kerajaan menunjukkan komitmen yang jelas dalam menjaga kebajikan pelajar melalui pelbagai bantuan dan kemudahan yang diumumkan. Ia sangat membantu kami dalam pembelajaran,” katanya.

Firdaus yang bekerja sambilan sebagai ‘barber’ turut berharap kerajaan memperkasakan lagi ekosistem sokongan pendidikan melalui peningkatan peluang latihan industri, penambahbaikan kemudahan institusi pendidikan dan penyediaan akses internet lebih baik di kawasan luar bandar.

Beliau juga menyarankan supaya lebih banyak program pembangunan kemahiran seperti teknologi, keusahawanan dan TVET diperluaskan bagi memastikan pelajar lebih bersedia menghadapi keperluan pasaran kerja semasa.

Related Posts

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

LAHAD DATU – Operasi Bersepadu MARDOF Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu berjaya menahan dua vesel nelayan tempatan daripada 211 vesel yang diperiksa di perairan Lahad Datu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

SAIZ negeri Perlis yang kecil tidak menggambarkan beban sebenar tugas kepolisan apabila anggota di negeri ini berdepan pelbagai cabaran termasuk menjaga keselamatan kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

  • By Fatin
  • August 15, 2026
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat