Perodua QV-E simbol kemajuan teknologi tempatan – PM Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama negara oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), iaitu QV-E, sebagai simbol kemajuan teknologi tempatan yang membuktikan kepintaran dan disiplin anak Malaysia.

Perdana Menteri berkata, di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan pada 1 September 2023, Perodua telah dipilih sebagai juara serta peneraju pengeluar automotif tempatan dalam pembangunan EV nasional.

Beliau mengakui pada peringkat awal berasa gusar sama ada sasaran itu dapat dicapai kerana pelancaran EV tempatan disifatkan agak bercita-cita tinggi dan mungkin berdepan kekangan kepakaran.

“Hari ini saya sangat bangga, bukan saja kerana peluncuran EV Perodua ini, tetapi ia dihasilkan oleh kepintaran, disiplin dan kegigihan anak tempatan.

“Siapa kata tidak mampu kita kerjakan? Kalau kita ada tekad dan disiplin, keyakinan, kita boleh buktikan bahawa bukan sahaja Perodua tetapi Malaysia boleh mengangkat martabat dan harakat negara ini.

“Tentunya ada kekhuatiran dan kemusykilan apabila rakan dagang dari luar negara itu enggan memindahkan teknologi secepatnya tetapi Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua) dan rakan-rakan membuktikan, meskipun ada kekangan kerana pemindahan teknologi itu agak lambat atau kurang, rupa-rupanya ada kekuatan dalaman Perodua, universiti tempatan, pendidik dan saintis tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran model QV-E di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

Anwar berkata, pembangunan EV berkenaan melibatkan pelaburan sebanyak RM800 juta dan menggunakan kepakaran lebih 100 tenaga tempatan di pusat pembangunan EV nasional, sekali gus membuktikan Perodua memenuhi semua komitmen yang ditetapkan kerajaan serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Selain itu, yang menarik adalah lebih 52 vendor tempatan (sebagai pembekal komponen auto untuk QV-E) kerana dalam apa-apa projek raksasa, kebimbangan dan kemusykilan kita adalah ia tidak berjaya meratakan dan menjamin pengagihan ekonomi yang adil.

“Jadi, apa yang disebut keadaan lokalisasi dan vendor, itu juga menjadi satu tumpuan dalam pengurusan Perodua supaya kita menjamin penghasilan produk tempatan ini dengan rantaian bekalan domestik tempatan,” katanya.

Perdana Menteri turut mencadangkan agar Perodua mengadakan sesi perkongsian kejayaan di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya pelajar dapat melihat potensi besar industri EV, selain memupuk disiplin baharu dalam bidang tersebut.

QV-E, yang membawa maksud “Quest for Visionary-Electric”, ditawarkan pada harga runcit RM80,000 tidak termasuk insurans dan bateri.

Model itu dibangunkan dengan kos keseluruhan RM800 juta di Smart Mobility Plant, fasiliti pengilangan terbaharu Perodua, sebagai sebahagian usaha memperkukuh ekosistem EV negara yang lebih mampan.

Related Posts

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

KUANTAN – Larangan menghina sahabat Nabi SAW adalah jelas seperti dinyatakan dalam hadis sahih. Perbuatan seumpama itu tidak boleh hanya boleh diselesaikan dengan permohonan maaf semata-mata, bahkan tindakan tegas mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mencadangkan agar Pakatan Harapan di Negeri Sembilan turut mengambil pendekatan agresif dengan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN