Mangsa banjir di Selangor terus meningkat kepada 4,366

MANGSA banjir di Selangor terus meningkat kepada 4,366 orang daripada 1,208 keluarga setakat 12 tengah hari berbanding 4,149 orang daripada 1,137 keluarga pada 8 pagi tadi.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di lima daerah terjejas iaitu Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Pada masa sama, Ribut Tropika Senyar yang melanda pesisir barat Semenanjung awal pagi semalam, dilaporkan sudah tiada di Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata ribut tersebut boleh dikatakan sudah ‘mati’ dan kesannya yang tinggal cuma hujan sahaja.

Susulan itu, Kerajaan Negeri meningkat kesiapsiagaan bagi menghadapi ancaman ribut tropika, dengan keselamatan rakyat menjadi keutamaan memandangkan Selangor berdepan fenomena ini buat kali pertama dalam sejarah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataannya kelmarin memaklumkan sejumlah 1,173 PPS telah dikenal pasti dan bersiap siaga untuk menampung sehingga 244,000 penduduk di seluruh negeri.

Related Posts

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

KOTA KINABALU – Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin ini dijangka menyentuh isu pembayaran 40 peratus kepada Sabah, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Menurut Masidi, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

ROMPIN – Dua remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan motosikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok di sini awal pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan