Pahang rekod 2,375 mangsa banjir

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 2,375 orang hari ini, berbanding 2,115 mangsa yang direkodkan semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, daripada jumlah itu, Kuantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan sebanyak 757 orang daripada 252 keluarga.

Mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar daerah berkenaan.

“Daerah Raub merekodkan jumlah mangsa sebanyak 744 orang, diikuti Lipis 450 orang dan Maran 454 orang mangsa.

“Kesemua mangsa di empat daerah berkenaan ditempatkan di 56 buah PPS,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya,terdapat enam sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Jerantut,Bera dan Temerloh, Sungai Tembeling, Sungai Jelai di Lipis dan Sungai Luit di Maran.

Related Posts

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

MIRI – Program bantuan baik pulih rumah memberi peluang kepada penduduk yang memerlukan untuk menikmati kediaman yang lebih selamat dan selesa. Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang merangkap Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

KOTA SAMARAHAN – Tiga penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan IC Design Competition 2025 (ICDC25) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing