Hajiji dijangka angkat sumpah Ketua Menteri

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah mendahului kemenangan 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membolehkan parti itu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Kemenangan itu mengesahkan kedudukan GRS sebagai blok terbesar, sekali gus memperoleh majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu tanpa perlu bergantung kepada sokongan parti lain.

Menurut sumber dalaman, pimpinan tertinggi GRS kini sedang memuktamadkan persiapan bagi sesi angkat sumpah Datuk Seri Hajiji Noor dijangka diadakan seawal malam ini atau selewat-lewatnya esok, bergantung kepada pengesahan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“GRS telah pun berjaya menawan 38 kerusi membolehkan kita membentuk kerajaan. Kita jangka Hajiji akan angkat sumpah dalam masa terdekat,” katanya.

Hajiji yang mempertahankan kerusi Sulaman turut dilaporkan menang selesa, sekali gus membuka laluan untuk beliau meneruskan kepimpinan penggal baharu.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu