DAP tewas PRN17 Sabah cerminan manifestasi rakyat kecewa prestasi parti

DAP Sabah mengakui kekalahan di semua lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah mencerminkan kekecewaan penduduk negeri itu terhadap parti tersebut.

Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, kekalahan itu menjadi peringatan penting buat parti itu, justeru pihaknya mendengar suara kekecewaan penduduk Sabah berkenaan.

Dalam masa sama, ujar beliau, DAP Sabah juga akan melakukan post mortem secara menyeluruh dalam masa terdekat susulan kekalahan teruk itu.

“Namun begitu, kami akan terus berjuang demi Sabah yang sama-sama kita cintai.

“Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan DAP Sabah. Walaupun sedih namun saya bangga dengan perjuangan dan khidmat DAP Sabah selama ini,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook miliknya, pada Sabtu.

Sementara itu, Jin Zhe yang turut tewas di DUN Likas berkata, DAP Sabah berharap seluruh penduduk negeri itu mengetepikan semua perbezaan politik dan kembali bersatu demi membina Sabah yang lebih maju dan sejahtera

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 9 malam tadi, DAP tewas di kesemua lapan kerusi yang ditandingi pada PRN17 Sabah iaitu masing-masing di DUN Elopura; Sri Tanjung; Luyang; Likas; Kapayan; Tanjong Papat; Tanjung Aru dan Kemabong.

Malah, kekalahan itu juga sudah diakui oleh Setiausaha Agungnya, Anthony Loke yang dalam kenyataan malam ini menerima dan keputusan yang dibuat para pengundi Sabah tersebut.

Pada PRN lalu, DAP menang enam daripada tujuh kerusi yang ditandingi iaitu di DUN Luyang, Likas, Kapayan, Sri Tanjong, Elopura dan Tanjong Papat.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu