Surat pemakluman pelaksanaan SARA dihantar kepada semua penerima – ICU JPM

UNIT Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan surat berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedang dihantar secara berperingkat kepada 5.4 juta penerima di seluruh negara.

Unit Komunikasi Korporat ICU JPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ia bagi memastikan orang ramai status sama ada mereka layak menerima bantuan yang disediakan Kerajaan MADANI atau sebaliknya.

Jelasnya, ia juga usaha kerajaan untuk memastikan mereka yang benar-benar layak dapat menikmati manfaat SARA yang bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup mereka.

“Kami mengambil maklum isu berkaitan surat diterima penerima SARA. Di bawah Kerajaan MADANI, peruntukan SARA berjumlah RM5 bilion disediakan kepada 5.4 juta penerima SARA seluruh negara.

“Sehubungan itu, kerajaan melaksanakan proses pemakluman pelaksanaan program SARA seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan rentan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerajaan akan terus menambah baik pelaksanaan SARA dari semasa ke semasa agar setiap bantuan bukan sahaja meringankan beban, malah benar-benar memberi makna dalam kehidupan penerima.

Menurut ICU JPM, segala penambahbaikan seperti peluasan kategori barangan dan kedai serta pasar raya terlibat akan terus dilaksana demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung surat berkenaan yang didakwa cubaan memancing undi rakyat Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri pada Sabtu ini.

Related Posts

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan kendalianya, yang terletak di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 diarahkan tutup mulai esok. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri