Permohonan batal inkues dibuat tanpa izin ibu Zara

KOTA KINABALU – Peguam kepada ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Shahlan Jufri, mengesahkan bahawa permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan prosiding inkues yang difailkan oleh sebuah NGO dibuat tanpa sebarang pengetahuan, kebenaran atau izin daripada ibu arwah.

Menurut Shahlan, ibu Zara hanya mengetahui tentang permohonan itu menerusi media sosial, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai motif sebenar pihak yang memfailkannya.

“Permohonan tersebut tidak pernah mendapat kebenaran ataupun blessing daripada ibu Zara,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini pada Rabu.

Beliau berkata, ibu Zara yang merupakan pihak berkepentingan langsung dalam inkues itu tidak pernah dimaklumkan, malah individu yang terlibat memfailkan permohonan berkenaan didakwa turut menghubungi anak guamnya tanpa pengetahuan pasukan peguam.

“Pihak tersebut hanya menghubungi anak guam kami tanpa pengetahuan kami, memohon maaf dan menyatakan tindakan memohon permohonan tersebut atas sebab arahan daripada pihak atasan,” katanya sambil menegaskan bahawa pihak keluarga tidak mengetahui siapa yang dimaksudkan sebagai ‘pihak atasan’.

Menurutnya lagi, berdasarkan mesej ringkas yang diterima ibu Zara, individu tersebut turut mendakwa prosiding inkues yang sedang berjalan ini kononnya ‘digerakkan atas tujuan politik yang dirancang’.

“Bagaimana dia mengeluarkan kenyataan tersebut kami pun tidak tahu,” katanya.

Shahlan turut berkata dalam mesej yang sama, individu berkenaan mendakwa pembatalan inkues akan membolehkan fokus diberikan kepada pertuduhan kes mahkamah kanak-kanak pada Disember ini dan kononnya akan ada ‘peguam tersohor’ yang bersedia mewakili ibu Zara sekiranya inkues dibatalkan.

“Jadi kami pun tidak tahu siapa peguam tersebut.

“Kami menyatakan tindakan tersebut adalah tindakan yang tidak sepatutnya dibuat oleh pihak tersebut,” katanya lagi.

Menurutnya, tindakan memfailkan permohonan membatalkan inkues atas alasan kononnya prosiding ini bersifat politik adalah tidak berasas dan tidak selari dengan undang-undang sedia ada.

Shahlan menegaskan bahawa inkues berjalan mengikut peruntukan undang-undang mulai hari pertama sehingga kini dan bukannya berdasarkan kehendak mana-mana pihak mahupun tekanan politik.

“Kami percaya inquest yang berjalan ini adalah mengikut undang-undang yang sedia ada dan bukannya mengikut suka hati pihak mahkamah ataupun pihak-pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berharap mahkamah menolak permohonan membatalkan inkues itu, memandangkan prosiding penghinaan mahkamah berkaitan kes Zara dijadualkan didengar pada 1 Disember depan.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana