Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik PM, jaga imej Kerajaan MADANI

DATUK Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini.

Berita peletakan jawatan itu diumum sendiri oleh Shamsul di laman X yang turut memaklumkan surat peletakan jawatan telah pun diserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.

Beliau turut mendakwa terdapat percubaan untuk menyerang beliau secara peribadi dan merosakkan imej Kerajaan MADANI.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini… Saya mengucapkan terima kasih kepada PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa Setiausaha Politik Perdana Menteri itu menulis surat sokongan untuk projek pembinaan sebuah hospital pada 2024.

Rafizi turut mendesak agar Shamsul dipecat daripada jawatan kanan dalam pejabat Perdana Menteri.

Pada 21 November, Anwar berkata, tiada keperluan bagi pihaknya untuk membuat laporan terhadap tindakan setiausaha politik beliau yang telah diberikan teguran tempoh hari.

Perdana Menteri sebelum itu mengesahkan telah memberi teguran yang keras ke atas setiausaha politiknya kerana surat sokongan merupakan hal yang bertentangan dengan peraturan.

Bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu mengangkat sumpah selaku Setiausaha Politik Perdana Menteri pada 23 Disember 2022.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA